Friday, December 10, 2010

OK KE RESULT MACAM NI?

Assalamualaikum

dah lama tak update blog padahal hari hari view blog sendiri..haha..bukannya apa cuma tak ada idea nak update..kadang kadang terasa nak sangat update..dah klik new post pun tapi tapi jari nie je macam tak ada tenaga nak mari menari atas keyboard..tag dari bestie pun tak buat lagi..malasnyeeee..yang aku tau berangan mengelamun tak sudah sudah..hahaha^^

sejak dua tiga hari nie korang perasan tak yang dekat FB korang ada je status pasal result final..tak kiralah UTM ke UiTM ke Uni lain ke mesti ada punya laa kan..actually aku tak tau pun hari nie result LM (latihan mengajar) aku dah keluar..so time petang petang sikit bila bukak FB tengok status member satu fakulti ramai yang cakap result dah keluar..ada yang check dah pun sejak dari pagi tadi..so memang aku ketinggalan gila lah kan..hurmmm..

bila tau je result dah keluar aku jadi cuak sebabnye aku tak boleh nak ramal lagi aku akan dapat apa..ok aku cakap macam ni sebab result aku nih special kes sikit sampai aku pernah contact Encik Meor (pensyarah yang uruskan budak LM) tanya kenapa result aku macam kelakar je..kelakar di sini bukannya bila aku check je terus ketawa guling guling macam kau tengok kumpulan Sepah perform time Raja Lawak..result aku selalu tukar tukar..sekali check B+..esok check lagi A-..lusa check lagi A..tulat check lagi B plak..tapi tapi tak pernah lagi aku check aku dapat A+..hahaha..macam mimpi laa nak dapat A+..terus jadi guru cemerlang kot kalau betol dapat..then aku dengan nekadnya terus kol En Meor..kalau tak aku tak boleh tido asyik pikir asal la result aku jadi macam nih..^^

time aku kol En Meor tengah sibuk jaga budak exam..then dia cakap nanti dia kol semula..lepas tue bila dah dapat cakap aku mengadu laa masalah nie kat dia..punya laa baik susun ayat nak bagi dia simpati..hahaha..last last dia cakap tu bukan result final lagi..memang banyak tak betul pun..so tak payah risau..ingat kot sampai kat situ je..tapi tapi dia terus tanya aku soalan bertubi tubi..aku cakap la kalau dengan Dr Rahim (pensyarah pembimbing) kena ajar fully BI..kalau tak pun atleast 80% BI..kawan aku yang lain yang ajar chemistry gak boleh je cakap melayu..nasib aku lah kan dapat lecturer yang gila strict..asyik nak perli aku jek lepas kena observed..huhhhh

then Encik Meor membebel kat aku.."awak nie izzanie sia sia je belajar dengan kelas saya sem lepas..kan saya dah ajar gini gini..time lecturer nak datang awak cakap la fully BI..ajar students berlakon..bla bla bla...."
haishhh..sabar je laaa..mentang mentang laa aku pernah belajar dalam kelas kaedah mengajar kimia dengan dia..so apa apa pun respect la dia..still kenal aku..almaklumlah aku pernah jadi setiausaha tak bertauliah dia time dalam kelas KMK..(ok! tak berlagak)..

macam banyak dah aku melalut..atas desakan bestie, aku check jugak result even aku dah bertekad nak check bila naik sem nanti..punya lah takot kan..hahaha..so hasil daripada 13 minggu aku LM dekat SMK Convent, Muar inilah hasil yang aku dapat...tadaaaaaaaaaaa~~


saja kasi blurr sebab tak mau riak..padahal tak laa hebat mana pun result aku..hahaha..kat bahagian gred tuh korang pikir la sendiri apa yang aku dapat..yang pasti korang boleh pilih antara semua gred aku yang berubah ubah sebelum nih..salah satu je yang betol tau..hahahha

by the way, nak cakap tak puas hati tak boleh pulak sebab aku rasa aku patut bersyukur dengan apa yang aku dapat bak kata kak jijie aku punya ex housemate..so nak cakap apa lagi terima dengan redha je lah..sebelum terlambat aku nak say thanks dekat semua warga SMK Convent Muar especially my beloved students, 4.6 and 4.5..tak lupa juga dekat guru pembimbing, Cik Hafsah..tanpa sokongan anda semua sure aku tak akan dapat result macam nih even tak ada lah ok sangat..lagi satu untuk Dr Rahim yang banyak bagi komen time observed yang kadang kadang buat aku sentap kot..hahaha..tapi its ok..Dr Rahim tegas bersebab..so to my junior siapa siapa yang dapat Dr Rahim masaklah korang..hahahaha

last but not least praktikal aku nih 8 kredit..so dengan gred yang aku dapat macam nih CGPA aku pun dah naik melambung lambung..Alhamdullilah~ 







♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

7 comments:

Chaoi said...

waahh.mesti A+ ni kan.........

NS said...

psttt. dapat bpe?

nurulizzanieadnan said...

chaoi: kalau dapat A+ mmg meletup satu fakulti..hahaha

nurulizzanieadnan said...

NS: mcm kau gk..same2 blnje dri masing2..hahaha

sumpit said...

wah tahniah.. semoga succest selalu.. salam kenal. nak folo tak jumpa la pulak.

| Jemputan untuk menyertai GA | Domain untuk dimenangi |

Ikhlas
- Qalish [Dot] Com -

kaminakueh said...

kalau tak A+ mesti A++ kan ?? :D -utmklunderground.blogspot.com-

nurulizzanieadnan said...

A++??
blom wujud lg
hahaha