Sunday, May 16, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ikhlas dari bakal guru

wowwwww...serius punya tajuk..heeeee...yeaahh! hari nie 16 Mei suda..meh nak nyanyi sikit lagu hari guru yang setaun sekali baru nak berkumandang tuh..


kami guru malaysia

berikrar dan berjanji

mendidik dan memimpin

putra putri harapan bangsa

bla bla bla.............( erkkk...dah lupa lahh..lirik tadi tue entah betol entah tidak)


entry kali nie dituju khas untuk guru2 dan juga pensyarah2 saya di Tadika Abim (1995), SK Sultanah Asma (1996-2001), SMK Sultanah Asma (2002-2006), Kolej Matrikulasi Perak (2007/2008) dan Universiti Teknologi Malaysia (2008 sehingga kini)

masih segar diingatan lagi guru yang menjadi guru kelas saya masa di tadika..Cikgu Zainab namanye..terima kasih cikgu kerana jasa cikgu mengajar saya segala jenis doa, ajar saya melukis dan mewarna dan mengajar saya menyanyi pelbagai jenis lagu nasyid..Tadika Abim lahh katakan..heuheuheu..Untuk cikgu2 saya di sekolah rendah, terima kasih atas segala tunjuk ajar dari kalian semua..Puan Rohani guru kelas darjah 1, Puan Huzlina guru kelas darjah 2, Puan Shahidah guru kelas darjah 3, Puan Chek Norma guru kelas darjah 4, Puan Rodziah + Puan Rohana guru kelas darjah 5 dan Puan Rohana guru kelas darjah 6..kalian jangan salah faham..bukan hanya guru kelas saya sahaja yang perlu dihargai..saya tidak pernah sesekali melupakan jasa baik semua guru2 yang pernah membimbing saya tidak kiralah beliau hanya guru pelatih sekalipun..untuk Puan Rohana, anda amat berjasa kepada saya..hasil didikkan teacher lah yang membuatkan tulisan saya kini boleh dibanggakan..huhuhuh..teacher tak pernah merungut mengajar saya yang sangat lemah dalam subjek BI..siang malam teacher buat kelas untuk saya dan rakan2 dengan harapan kami dapat A untuk UPSR..alhamdullilah..berkat usaha teacher saya akhirnya dapat juga saya straight A dalam UPSR..


untuk guru2 di sekolah menengah, terima kasih atas sokongan dan ilmu yang dihulurkan..saya bukannya seorang pelajar yang bijak tetapi atas bantuan semua cikgu2 pencapaian saya kini diharap boleh membanggakan kedua ibu bapa saya..kepada bekas pengetua SMK Sultanah Asma, Datin Hajah Zaleha, disebabkan cikgu selalu memberi peransang berbaur kritikan kepada kami yang kelas tercorot nie lahh yang membuatkan saya berjaya mendapat straight A dalam PMR..terima kasih cikgu!..perkara yang paling saya menyesal sehingga sekarang ini adalah terpaksa mengecewakan harapan guru fizik saya, Puan Idawati dan teacher saya, Puan Anis Shamila kerana subjek fizik dan BI saya tak dapat A..maafkan saya cikgu! saya betol2 kecewa..tapi Cikgu Ida sempat memujuk saya yang ketika itu menangis sambil menunjukkan result SPM saya kepada beliau..Oh cikgu cikgu ASMA..atas kesabaran dan teladan yang ditunjukkan oleh anda semua telah menaikkan semangat saya untuk mengikut jejak langkah kalian semua..


dari panggilan guru kini bertukar ke panggilan pensyarah..tapi yang pasti guru atau pensyarah adalah sama..masing2 menjalankan satu amanah untuk mendidik anak bangsa..untuk pensyarah2 di Kolej Matrikulasi Perak terima kasih atas jasa anda semua terutama pensyarah fizik saya iaitu Miss Chew..walaupun mulut beliau sangat berbisa, tetapi beliau sangat dedikasi terhadap pelajar2nya..rindu sangat2 dekat Miss Chew..rindu nak masuk kelas dengan Miss Chew..rindu nak present time tutor fizik..rindu nak ada kelas malam dengan Miss Chew sampai pukul 1 pagi..;(


untuk pensyarah2 di Universiti Teknologi Malaysia jasa anda semua tidak mungkin saya lupakan walaupun setiap semester pensyarah yang berlainan mengambil tugas untuk mendidik..pensyarah yang diingati sehingga kini ialah Puan Khaidawati yang mengajar physical chemistry..pensyarah yang sangat best dan mudah faham setiap isi pengajaran yang diajar oleh beliau..termasuk juga Puan Norah, pensyarah C++..sangat sporting dan tak kedekut markah..demi meninggikan carry mark student seperti saya ini, beliau sanggup mencari alternatif lain untuk membantu..

kepada bakal2 guru termasuk jugak lah nurul izzanie adnan, marilah kita sama2 memartabatkan profession keguruan...(cis! cis! cis! ayat poyossss)

akhir kata.......SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU GURU DI MALAYSIA dan termasuk juga BAKAL BAKAL GURU SUATU HARI NANTI..TERIMA KASIH CIKGU!


te amo,

..:ejanlicious:..











Thanks for reading this entry ^___^

2 comments:

sakura_aainaa said...

haha.. tau xpa.. ayat poyos gila.. haha!!

nurulizzanieadnan said...

well well well
hahahha