Thursday, June 23, 2011

masih


masih terlalu baru
masih terlalu awal
masih terlalu muda 






p/s: doakan 'kami' berkekalan sampai bila bila..





♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Monday, June 20, 2011

KEM PEMANTAPAN PMP 2011

Tarikh: 14 - 15 Mei 2011

Tempat: Hutan Bandar Kulai

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Pendidikan

_________________________________________________________________

ok fine..tau cerita dah lapuk baru nak update..but do i care? hahaha..disebabkan kem nih la aku terpaksa balik lewat dari orang lain lepas habis final baru baru nih..eh tapi tak la baru sangat..dah lebih dari sebulan..uniknya kem kali nih adik aku pun join sekali padahal dia bukan students UTM pun..hihihi..ouh sebenarnya Cimon datang kat tempat aku time dia dah baru je habis final exam matrik..masa tuh aku pun ada gap 10 hari untuk next paper..so Cimon datang lepak dengan aku sampai pergi kem pun dia join sekali and then balik Kedah dari UTM pun kami balik sama sama..

dah la malas nak type..tengok je la gambar sepanjang 2 hari 1 malam kem hari tuh..


masa nak bertolak


dah sampai Hutan Bandar Kulai


amboi Cimon..tak kan laa dah rindu mak =.=


memandangkan tugas aku mengambil gambar sepanjang kem so kerja kerja pasang khemah terpaksa lah diambil alih oleh rakan rakan sekhemah yang lain..(padahal seronok tak terhingga..miahaha)


cepat la pasang khemah..nyamuk banyak (@_@)


peserta yang lain


Cimon kelihatan excited berada di dalam khemah yang dipasang sendiri


Ice Breaking session..tak sah kalau tak ada presentation pasal nama kumpulan, moto, logo dan bla bla bla..dah terlalu biasa =.=

kumpulan SUPER EGO nih..


kumpulan SOLEY SOLEY


kumpulan TAK KESAH..
kumpulan aku la nih..hikhikhik


kumpulan Thunder


dah tengah hari sikit ada talk dari orang HEMA pasal aspirasi universiti kot..sekali aku kena tanya kenapa datang kem hari nih terus tergagap apa nak jawab..dah la time tuh tak ready sebab baru masuk dewan lepas angkat towel kat ampaian..time tuh macam nak hujan..tak sempat lagi nak duduk terus bagi mic kat aku suruh bercakap..haishhhh


bila petang biasa lah ada sikit main main..salah satunya main baling belon air nih la


time nak pergi beriadah



warming up sikit


bawak bola pingpong guna sudu..dah macam budak tadika daa~


nasib baik aku tak main game nih..hahaha


pagi esoknya ada explorace..setiap group kena ada bendera masing masing


cari klu yang tersembunyi


kumpulan yang menang explorace


aktiviti nih tak ada dalam perancangan..masa break lama sangat so kami yang free nih masuk la dalam hutan kat belakang tapak perkhemahan main benda alah nih..


panjat panjat


yang nih senang sangat


yang nih agak bahaya..dah la tinggi pulak tuh..ada sorang budak nih try naik then bila nak turun macam tersalah teknik..last last entah macam mana tudung macam tersangkut kat tali then abis terkeluar tudung bila sampai je kat bawah..adoyyyy!


ikan dalam tasik

ok jumpa lagi di entry seterusnya..<--------- dah tak tau nak buat ayat penutup macam mana..hikksss~







♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, June 16, 2011

Nyawa pendidik masa kini semakin terancam

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin. Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu. Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin. Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.


_________________________________________________________________


Diharap selepas ini pihak yang berkenaan membekalkan senapang atau pistol sorang satu kepada semua guru untuk tujuan mempertahankan diri..ilmu fizik kimia biologi matematik bi bm agama sejarah geografi yang ada pada guru tidak mampu diaplikasikan semasa berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata di sekolah..

ok mak jangan risau..kakak tetap nak jadi cikgu tak kiralah terpaksa pasang bodyguard sendiri kat luar kelas..almaklumlahhh kalau ada masalah rumah tangga nanti kat mana lagi kalau nak lepaskan kalau tak kat pelajar sendiri..yee dak??

setakat ketuk kepala sapa yang tak boleh jawab soalan 'taste for acid' yang dah berpuluh puluh kali dok ulang sampai bawak buah limau sorang sebijik time dalam kelas nak bagi rasa asid tuh macam mana memang akan jadi kenyataan..

ok gurau je..kang mana nak tau kalau orang KPM baca blog aku terus diorang blacklist nama aku time nak posting nanti..tak pasal pasal cita cita dari kecik nak jadi cikgu hanya tinggal kenangan..hehehehe

eh betol nih..time mula mula LM dulu aku tak pandai nak marah apatah denda students especially kalau diorang masuk lab lambat sampai aku kena marah dengan guru pembimbing sendiri sebab tak marah students =.="

ini adalah kerana (ok skema), dulu aku time sekolah pun macam diorang jugak..liat nak masuk lab..tambah tambah kalau lepas abes rehat je kena pergi lab terus..time nih kelajuan berjalan ke lab yang hanya bersebelahan dengan kelas adalah 100m/20minit berbeza dengan kelajuan nak pergi kantin yang hanya mengambil masa selama 100m/5minit..tuh pun tak puas hati sebab tak boleh lalu jalan short cut nak pergi kantin..

so kesimpulannya kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi..sebelum nak marah or denda students baik muhasabah diri kejap adakah kita dulu macam diorang sekarang..hahahaha

ini adalah pendapat peribadi..lain orang lain pendapat..korang yang baca nih bukan macam aku kan..korang selalu bergerak ke lab on time kan..bunyi loceng je terus beratur dua dua pergi lab..bukan macam aku dulu..bersepah pergi lab sendiri sendiri..tuh tak kira lagi yang nak singgah toilet dulu la singgah pergi jumpa pakwe  adik angkat dulu la singgah pergi isi air dekat water cooler la..kalau lah time aku sekolah dulu Facebook dah popular aku rasa silap silap ada yang singgah makmal komputer pergi update status "eeeee...malasnya nak masuk lab kimia kejap lagi..dah la cikgu tuh ajar tak paham langsung..tapi nasib baik handsome..boleh la nak cuci cuci mata..heeeeee ^^"

kalau students yang akan datang masuk lab time kelas aku nanti memang nak kena lempang laju laju kalau lewat sebab singgah makmal komputer nak update status kat Facebook atau Twitter..sebabnya aku tak pernah lewat disebabkan teknologi kecuali sebab sebab lain yang telah dinyatakan di atas..hehehehe





♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, June 14, 2011

Kalau jadi realiti kan best

ini cerita mimpi semalam..
entah macam mana boleh termimpi yang cuti nih aku pergi mengajar dekat SMK Convent time aku LM dulu..yang kelakar pergi lapor diri hari 1st pakai formal cun dah macam selalu tapi kasut pakai sandal je yang boleh bawak pergi pasar..dah la lepas lapor diri ada perhimpunan mingguan..memalukan!


fokus kat kasut cikgu yee bukan dekat budak budak nih..eh juniors yang belom pergi LM jangan berani pakai kasut macam kat atas nih time pergi mengajar..aku takpe..aku kan otai..huehuehue

bukan setakat kasut je yang pelik tapi membe membe yang pergi mengajar sama pun pelik..sebelum nih kat Convent 2 orang je cikgu praktikal termasuklah aku..tapi dalam mimpi semalam ada lagi 2 orang watak tambahan..sorang tuh yang sentiasa pakai tudung litup kat UTM tiba tiba free hair dengan gaya rambut ketak ketak pergi mengajar..sorang lagi masih kekal identiti yang sama dan masih belom terpesong..hahahaha

yang aku ingat, Cikgu Suriati merangkap guru seni kat Convent pun ada sama dalam mimpi aku..entah macam mana ending mimpi tuh aku pun tak tau..tiba tiba je hilang macam tuh..huhuhu

ini mesti kes lately asyik dok chatting dengan students aku dulu kat FB..siap dok tanya bila nak datang melawat diorang lagi..alahai, adik adikku sayang..cikgu bz dating sem lepas..banyak program yang perlukan komitmen dari cikgu..hehehe..InsyaAllah kalau ada rezeki sem depan lah yee..

haaaa...petang semalam jugak Kak Azie merangkap ex housemate time LM dulu dok tanya tak nak pergi Muar ke melawat sekolah..maybe chatting bersama Kak Azie membawa aku termimpi mimpi sehingga ke Convent..alangkah bestnye kalau mimpi semalam jadi realiti..



rindu kalian!






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

I and You


Letters start with
A B C

Numbers start with
1 2 3

Music starts with
DO RE MI

and love starts with
YOU AND ME ♥





♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

YOU and ME


"So it's not gonna be easy..It's going to be really hard..We're gonna have to work at this everyday, but I want to do that because I want you..I want all of u everyday, forever..You and me..everyday"






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, June 7, 2011

Dia bukan orang yang macam tu

yuppp..
dah lama perasan
kadang kadang agak terasa
tapi nak buat macam mana
maybe dia malu
padahal dengan orang lain boleh je
kadang kadang sangat cemburu dengan orang lain
ok fine..
salah aku sebab belom dapat memahami sepenuhnya
hati oh hati..
jangan laa terlalu sensitif dengan hal yang sangat remeh
sila kuat yee sayang
lepas nih macam macam lagi dugaan yang datang

sudah 2.15 a.m
insomnia semakin menjadi jadi
apa boleh buat 
hanya laptop menjadi peneman dikala sunyi
nasib baik masih boleh berkomunikasi dengan rakan maya tanpa perlu menggaggu adik yang sudah enak dibuai mimpi

bagi sesiapa yang terasa hati dengan coretan ini
diri ini mengharap agar dimaafi
ini hanyalah sekadar luahan peribadi
yang tak mampu ditanggung lagi...
=')



♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, May 31, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM KORPORAT Bakal Graduan Fakulti Pendidikan 2010/2011

Tarikh: 12 April 2011

Tempat: Puteri Pan Pacific Hotel, Persada, Johor

Masa: 8.30 malam

Tema: Korporat / Formal



akibat kemalasan yang melampau baru sekarang nak update entry pasal Fakulti Dinner nih..dah lebih sebulan baru terhegeh hegeh bukak balik folder gambar gambar time dinner hari tuh then edit edit sikit..heuheuheuheu

yeahhh..ini dinner untuk bakal graduan atau bahasa yang senang nak faham budak final year sekarang lah yang akan konvo (kalau tak extend lah kan..hehehehe) bulan september nanti..tapi aku bukan final year lagi..kenapa aku boleh terlibat dengan dinner untuk budak final year?? jeng jeng jeng..sebabnya aku salah sorang yang jadi tulang belakang untuk dinner kali nih..macam orang penting jugak lah kan...*perasan*
tugas aku adalah menolong Puan Azura, staf di fakulti untuk siapkan buku aturcara dinner..kiranya dalam buku tuh ada la tentatif majlis, nama-nama pensyarah, senarai nama pelajar final year siap dengan gambar, alamat, no telefon dan emel lagi..dah macam majalah sekolah pun ada..huhuhuhu

so disebabkan sumbangan aku untuk dinner nih maka pihak fakulti telah support RM50 setiap sorang untuk 4 orang termasuk aku untuk attend dinner dengan budak final year..untuk senior senior pulak diorang memang free sebab UTM support..tapi kami yang lain bukan budak final year so fakulti ler yang support..hehehehe


muka depan buku dinner..setiap sorang dapat 1 ye..design depan nih ilham dari aku..siap design dalam pukul 4 pagi lebih..then pukul 8 pagi lepas tuh ada quiz KAB..dah la tak study langsung..last last tiru orang 100%..ok tau memang salah aku..memang tak patut aku tak study langsung =.="


susunan kutleri di setiap meja


menu untuk malam itu..semua di serve oleh pelayan pelayan hotel..so tak payah nak berebut beratur nak ambil makanan..semua dapat sama banyak..hehehehe


mixed green salad with thousand island dressing..1st makanan yang diorang serve..untuk orang yang vegetarian mesti suka yang nih..tapi aku?? hehhhh..bab bab sayur mentah nih kureng sikit..so aku hanya ngap telur rebus je..yang lain sorryyyy lah yeee..tak serasi pulak dengan tekak I..hehehehe


membazir youuuuuuuu...ok dah cepat bawak mai yang lain =.="


bread roll and butter


broccoli soup..tak sedap! dekat pizza lagi sedap..hohohoho


main dishes untuk malam tuh..grilled chicken with black pepper source + buttered rice + garden vegetables..yeahhh..yang nie sedapppppp!!


lepas tuh diorang serve ini pulak..creme caramel


last sekali boleh pilih nak tea or coffee..so aku pilih tea =)


persembahan pelajar


rakan rakan yang lain..arif dan shahafiz..kami 1 meja..


yeahhh..persembahan dari semua budak final year FP..jimat sikit..tak payah nak bayar upah..hehehe


sambil minum sambil dengar salah sorang alumni FP berucap


disebabkan tak kenal sesiapa time dinner nih kecuali sorang junior aku, Sarah dan 2 orang mamat tadi maka kerja kerja menggedik di depan kamera semakin terbantut..akibatnya terpaksa snap pic sendiri untuk dibuat kenangan..ye ye ye memang sedey T____T


dah nak balik baru suruh junior tolong snap kan gambar sebab jeles dengan orang keliling pinggang dok bergambar tak habis habis..takpe takpe ko tunggu lagi setaun time dinner final year untuk batch aku..ko tengok la setiap kamera mesti ada muka aku punya..hahahahhaha
*baru perasan dinner kali nih aku tak beria sangat dalam berfesyen..yelaaa bukan dinner untuk aku..bagi chance lah kat senior nak melaram..aku yang junior nih hanya mampu menangis dalam hati dok tengok baju orang tuh cun baju orang nih vouge baju dia tuh lawa =.="

sem nih je dah 3 dinner aku attend termasuk Masquerade Night dan Retro Night..banyak gak duet berhabis untuk ketiga tiga dinner nih..tapi bab bab duit belakang kira..yang penting sekarang adalah kepuasan..hahahahaha

adakah sem depan lebih dari 3 dinner yang akan aku attend?? dah laaa..kalau banyak sangat pergi dinner dah naik buntu pikir nak pakai apa..sekarang tunggu dinner yang temanya pakai baju kurung..boleh pakai baju kurung kuliah je pergi dinner..tak perlu nak pening pening sangat..huhuhu

ouh sebelum terlupa nak say thank kat pencuri hati sebab bersusah payah carikan aku kasut hitam yang bertutup untuk pergi dinner kali nih..sanggup pinjam dekat membe perempuan dia lagi tuh..terharunyaaaaa~

ada kes kena marah dengan orang tuh lepas balik dari dinner..sebab apa kena marah?? malas nak cerita..benda dah lepas..
sampai sini saja entry untuk kali nih..bubye!








♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, May 26, 2011

I wish You were here

I MISS YOU

in every beats of my heart

in every blink of my eyes

in every second of time

and..

every moment of the day





♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, May 18, 2011

Review Semester 6

yeaahhh..akhirnya pagi 17 Mei aku selamat tiba di tol Alor Setar-Utara untuk dijemput pulang ke rumah..kenapa tak turun dekat Shahab Perdana?? sebabnya jika mengikut jarak dan masa, kawasan taman perumahan aku lagi dekat dengan tol Alor Setar-Utara dari Shahab Perdana..selain dapat menjimatkan masa, minyak kereta juga dapat dijimatkan memandangkan sudah kedengaran bahawa harga minyak RON-95 akan dikaji semula..yupp memang akan dikaji semula tetapi jangan terperdaya kerana ini mungkin adalah salah satu taktik untuk menaikan lagi harga minyak yang entah bila yang akan turunnya..ok stop cerita pasal harga minyak..sekarang nak cerita serba sedikit pasal sem 6 yang telah berjaya aku harungi..hehehehe

ok seriusly sem 6 paling buat aku bz..kadang kadang sangat bz sampai esok nak quiz malam tuh aku masih bz siapkan buku program untuk Faculty Dinner..bila time quiz 100% aku meniru orang..tak pernah selama ini aku tak study langsung even untuk 5% quiz je pun..bz dengan meeting tak payah cakap lah..bila ada program je aku dah mula kelam kabut macam mana nak bahagi masa study untuk test dengan nak settle kan hal persatuan lagi..bila dah jadi macam nih time hujung hujung sem bila semua carry mark dah keluar baru aku perasan yang sem nih aku agak merosot dan aku tak akan terkejut kalau pointer aku akan jatuh untuk sem nih..wawawawawa..bila dipikir dari sudut positif mungkin semua ini ada hikmah..kalau aku tak join persatuan mungkin sampai sekarang aku tak dapat peluang nak uruskan program..tak dapat meeting bersama dekan..tak dapat berlagak jadi bos arahkan timbalan buat kerja..hahahaha

sem 6 nih jugak nama aku dah banyak kali tercatat dalam pelajar yang masuk lewat ke UTM selepas pukul 12 tengah malam..hahahaha..sem sem lepas tak pernah kot..muahahaha..aku rasa dah lebih 10 kali..balik ke UTM 2 3 pagi pun pernah..asal lapar je keluar pergi mcd la kfc la padahal esok kelas pukul 8 pagi..huhuhuhu..tapi balik lewat pagi pun bukannya pergi clubbing ke berjoget ke masuk hotel tapi selalu pergi makan je..tak pernah tau buat kerja kerja haram nih =.="

bila melibatkan hati dan perasaan aku rasa sem 6 paling banyak tinggalkan kenangan yang memang susah nak lupa apatah lagi bila semua cerita peribadi dikongsi dengan bestie yang sama gila macam aku..hahahaha..dalam dok bz dengan hal duniawi masih sempat jugak aku ter inrelationship dengan seseorang..diharap pilihan kali nih tepat lah ye..malu lah nak cerita pasal kami..kalau yang tahu tuh diam diam lah ye..kalau boleh doakan lah kami kekal sampai bila bila..hehehehehe..

masa hari terakhir nak tinggalkan UTM aku masih bz lagi settle kan hal persatuan..dah lah balik lewat dari orang lain sebab aku kena join Kem Pemantapan PMP dekat Hutan Bandar Kulai..ok yang nih aku akan update kemudian..
sedih nak tinggalkan UTM sebenarnya..cuti 4 bulan aku masih berpikir nak buat apa..kerja?? mungkin lah..sem depan dah berpindah ke KTF..tak suka sebab dok blok lama tapi still bilik single dan berkemungkinan besar aku kan berjauhan dengan bestie even kami satu kolej nanti..tak macam sebelum nih dekat KTHO bilik kami berhadapan je..aku ada kunci bilik dia dan dia ada kunci bilik aku..

sem depan lagi bz dengan 10 program yang akan memerlukan komitmen dari aku + PSM yang telah ditukar tajuk tapi still aku akan bangunkan cd rom berasaskan flash..oh yeaa nanti yang nih pun aku akan update kemudian..

banyak lagi nak update especially kedatangan adik aka cimon ke UTM..tapi entah lah..lately dah macam malas sangat nak update blog padahal banyak sangat cerita yang nak share..biar lah slow slow..kang dok umah sampai 4 bulan dah tak tau nak update apa sebab semua cerita sama je..haishhh..

ouh btw, kepada si pencuri hati, selamat berpraktikal..dah masuk hari kedua nih so jangan malas malas taw..normal lah kalau penat..dulu time LM pun penat gak tapi bila last last dah rasa enjoy..hehehehe..

dah tak tau nak merepek apa..so macam tuh lah konklusi untuk sem 6..so lagi 2 sem nak grad..lepas tuh insyaAllah dah boleh jadi cikgu..yeehhaaaaa!!







♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, May 4, 2011

Final exam untuk semester ini

yeahhh..baru nak ada masa update blog laju laju..yelaaa gap untuk ke next paper 10 hari kot..dah sama panjang macam cuti pertengahan semester..kalau rumah dekat dah lama balik..tapi malangnya jauh nuh di utara sana..tiket bas pergi balik dah RM150..nanti dah habis paper semua nak balik lagi..so kesimpulannya duduk lah aku bertapa dalam bilik sampai bosan..T____T

ok ok sekarang terasa macam nak review sikit paper yang dah aku lalui sejak minggu lepas..so check it out~

1. ENVIRONMENTAL CHEMISTRY (25.4.2011)

1st paper dah buat aku stress..paper Environmental Chemistry atau bahasa melayunya Kimia Alam Sekitar 3 kredit..seksyen aku je yang ambil..ada la dalam 20 orang..tapi tapi tapi kalau tak baca memang tak boleh jawab..yang bestnya soalan dalam BI tapi boleh jawab dalam BM..yang aku nih campur je BI BM dalam 1 jawapan..peduli apa janji apa yang aku nak sampaikan tuh lecturer aku faham..bila dapat je paper nih time baru nak belek belek soalan aku terkejut sangat kot..ok bayangkan seksyen A ada 17 soalan ala ala macam esei pendek..1 soalan 3 markah..tuh baru seksyen A dah 17 soalan..tak tengok lagi seksyen B dengan C..ada tuh soalan untuk 3 markah je dah habis setengah muka surat nak tulis jawapan..punya la gigih..sebenarnya belajar dari kesilapan time test dulu..sikit sangat bercerita so sikit la markah dapat =.=

tapi yang pasti study group dengan coursemate memang sangat membantu..dari pukul 8 pagi sampai nak dekat pukul 2 petang kami discuss past year je..memang sangat faham bagi aku yang memang tak suka bab bab yang kena banyak menghafal dan baca nih..haishhhh..

ouh..btw, thanx luv sebab sudi hantar sweater sebelum i masuk dewan peperiksaan..kalau tak memang menggigil la sambil jawab exam..sejuk gila kot..dah hampir nak beku rasanya..hehehehe

2. SOSIOLOGI DAN PROFESIONALISME PENDIDIKAN (26.4.2011)

berlagak seolah olah dah habis final padahal baru habis 1st paper..akibatnya paper sosiologi nih preparation 50% je..hahahahaha..nasib baik la subjek pendidikan yang awal awal lagi lecturer dah cakap akan dapat A or A- kalau pergi service learning..so aku dah pergi lah kan yang dekat Batu Pahat hari tuh..sekarang nih hanya fokus untuk A bukannya A-..soalan nak keluar dah tau..so apa yang kena buat sekarang kena rajin la sikit search kat internet pasal budaya ilmu, PIPP, perubahan sosial termasuk teori teori dan kenapa perlu belajar sosiologi..dari 4 soalan esei cuma pilih 2 je..aku kan jenis yang pemalas nak search bagai nih..suma nak kena suap..nasib baik ada coursemate yang rajin bebenor mencari konklusi unuk semua soalan tadi dan siap emel aku lagi..thanx ea Sofie..sayangggg ko ^___^

kesimpulannya bila dah dapat soalan sebenar agak teruji jugak la kotak fikiran aku nih nak menipu apa..nasib baik ada baca sikit sikit sebelum nak masuk dewan exam..hope boleh lah kot dapat A..kalau dapat A- je sumpah frust..ggggrrrrrrrrr!!!

3. INSTRUMENTATION OF ANALYTICAL CHEMISTRY (29.4.2010)

ok gap 2 hari untuk paper Instrumentation of Analytical Chemistry atau in BM Kimia Analisis Berinstrumen (KAB)..kau ingat gap 2 hari cukup ke aku nak study KAB nih?? memang tak akan cukup sebab petang tuh lepas habis paper KAB ada paper kimia jugak..so dalam 1 hari ada 2 paper kimia yang 3 kredit..sumpah time nih aku memang macam nak mati muntah hijau stress tension semua ada..boleh pulak dah elok study time study week then bila bukak balik untuk study time gap aku boleh lupa apa yang aku dah baca..memang tension gila..dah dengan past year tak paham satu apa pun..asal nak jawab mesti nak kena selak nota..dah selak nota tak jumpa pulak jawapan..aku dari sem 3 lagi time amek Kimia Analisis aku tak suka subjek nih sebab banyak sangat nak kena hafal dan baca..semua adalah fakta dan tak boleh nak kelentong atau fikir logik macam paper EC yang 1st tadi..so hidup kau akan rasa stress sebab kena hafal entah benda mesin apa yang orang putih cipta yang akan buat hidup kau complicated nak paham..eh ke aku sorang je yang rasa macam nih?? hurmmmm...

ok setelah bermuhasabah dan bertungkus lumus stay up sampai lewat pagi akhirnya aku tawakal je time jawab paper KAB nih..soalan pasal plasma seriously aku tak ingat langsung chapter tuh apa yang aku dah baca..so apa lagi aku goreng segala ramuan yang ada dalam kepala otak aku nih..salah belakang kira..janji buku jawapan aku tak kosong..so tak adalah aku menyesal sebab tak boleh jawab..memang tak boleh pun sebenarnya tapi atleast aku ada tulis sesuatu..tuh la salah satu cara aku tak nak bagi stress bila habis paper nanti..bila mak atau member member tanya boleh jawab ke tak aku cakap la boleh..padahal jawapan macam tetttttttttttt......

kesimpulannya untuk paper nih aku tak tau apa kepentingan kena belajar segala mesin yang merepek tuh padahal dalam silibus sekolah menengah untuk subjek kimia tak ada langsung yang berkaitan dengan KAB nih..0.1% pun tak ada..see see see sampai sekarang still lagi tak faham kenapa bakal cikgu kimia macam aku kena ambil subjek nih..lain lah budak chemistry pure..

ok dah stop mengeluh..selamat tinggal KAB..kita pasti tak akan jumpa lagi..yeeehhaaaaa~

4. ORGANIC CHEMISTRY BIOMOLECULE (29.4.2011)

dalam BM Kimia Organik Biomolekul (KOB)..ok satu ja nak cakap..KOB subjek kimia yang palingggggggg aku takkkkkk sukaaaaaa..dari sem 1 lagi time amek Kimia Organik..tak suka tak suka tak suka tak suka tak suka..itu saja..so malas nak ulas panjang..doakan aku dapat A+ lulus dengan cemerlang..T____T

5. RESEARCH METHODOLOGY (30.4.2011)

esoknya lepas 2 paper kimia dalam 1 hari terus aku rasa dah betol betol merdeka..lepas habis paper KOB petang tuh terus pergi HSA melawat member eksiden..dengan kepala pening nak mampus plus biol pun ada sebab 1 hari suntuk mengadap paper kimia je..time dekat HSA pun dah rasa penat sangat..badan otak semua letih..balik dari HSA lepas makan semua terus balik kolej..balik bilik pergi mandi lepas tuh terus tido sampai 5.30 pagi ye ye ye..so maknanya aku start study research pada pukul 5.30 pagi sebagai preparation untuk exam pukul 9 pagi kejap lagi..tak pernah aku buat kerja gila macam nih..yelaaaa sumpah otak penat sangat lepas jawab paper kimia semalam..nasib baik paper research objektif semua..so apa lagi yang nak perlu risau..jawapan semua dah ada..pilih ja mana yang berkenan..hahahaha..kalau paper kimia memang aku tak kan berani la buat macam nih..haishhhhh

6. PROGRAMMING II (10.5.2011)

ok gap 10 hari untuk sampai paper nih..so kita enjoyyyyyyyyyyy duluuuuuu!!!

7. TEKNOLOGI ANIMASI, GRAFIK DAN VIDEO DIGITAL (11.5.2011)

paper last..objektif semua..nanti nanti lah study..hekhekhekhek





p/s: wish me luck untuk 2 lagi paper subjek komputer..^____^








♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

4.5.2011


ok kamu..
dah start terasa rindu dan terasa kehilangan sesuatu

T________________T





p/s: 4 bulan macam 4 tahun..



♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Monday, May 2, 2011

RINDU ITU PASTI


kepada si pemilik hati
terima kasih..
terima kasih untuk semester ini
terima kasih untuk perhatian serta kasih sayang
terima kasih untuk budi yang dicurahkan

akan rindu?
mesti..
dan pasti..
kalau jauh dimata tak semestinya tak dekat di hati

bila berjauhan
bukan perhatian yang dituntut
apatah lagi layanan yang berlebihan
apa yang dimahu
cuma keikhlasan dan kesetiaan

kepada si pemilik hati,
take care of yourself
selamat menjalani Latihan Industri
sorry kalau ada salah silap di mana mana
jumpa lagi di semester hadapan
gonna miss you...
T______T







♥ ejan








Thanks for reading this entry ^___^

Sunday, April 24, 2011

maaf dari hati

blog sudah seperti musuh sekarang

dulu kasih tetapi kini ibarat terbuang

amat sibuk dengan study

hari nih berakhirnya study week

esok 1st paper bakal ditempuh

wish me luck!





p/s: entry sedang pending: factory visit and corporate dinner..^___^






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, April 9, 2011

tolong saya!


masih belum jumpa formula untuk kuruskan pipi =(






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, March 31, 2011

Science Attack Programme

Lokasi: SMK Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat

Tarikh: 25 dan 26 Mac 2011

Anjuran: tugasan untuk subjek Sosiologi..

Peserta: Pelajar pelajar yang mengambil pendidikan sains (kimia+fizik) SPK, SPC, SPP dan SPF

___________________________________________________________________

Jumaat lepas seawal 9 pagi akak akak dan abang abang fesi dah berkumpul untuk ke Batu Pahat termasuklah aku..hikhikhik 


cepat cepat cepat bas dah sampai


ramai yang cakap gaya aku macam jurukamera+wartawan..yelaaa ke hulu ke hilir dengan beg kat belakang..kat tepi pulak dok bawak beg videocam..oh yea sebabnya time program nih tugas aku merakam semua aktiviti yang ktorang jalankan..pulak tuh pakai baju yang ala ala photographer so memang sesuai sangat lah..hikhikhik


sampai sampai je terus berkumpul kat surau sebab nak bahagi pelajar ikut kumpulan termasuklah fesi sekali


ice breaking session =)


yeahhhh! group archimedes cikedis..actually aku salah sorang fesi untuk group nih..memandang tiba tiba menjadi wartawan tak bertauliah maka terpaksa lah meletak jawatan sebagai fesi dan tempat aku dah ada orang lain ganti..hikhikhik


sudah bersedia untuk berkhidmat..=p


suka tarik rambut amoi nih..hehehe


we are SPK and SPC~

lepas sesi ice breaking dalam pukul 3 macam tuh dah start Program Fundamental of Astronout atau bahasa pasarnya pertandingan roket air..


pertandingan ini more to aplikasi dalam fizik..so cikgu cikgu fizik yang lebih mahir dalam bab bab nih


fesi turut sama membantu


hias roket bagi meriah sikit ye dik..


muka macam mandi minyak sebab dok bejemoq kat tengah panaih lama lama sangat =.="


ok ok bagi fesi buat demo dulu kejap


ok turn students pulak


ok ready!! cepat pam sampai 20 kali..yehaaaaa~


sabar menanti di bawah terik mentari untuk menunggu roket masing masing dilancarkan


ok masa untuk fesi menggedik..hahahaha


bersama pelajar


adik adik

lepas habis petandingan roket semua boleh bersurai..fesi fesi pulak dah dibahagikan rumah keluarga angkat masing masing..


with ezat

esoknye pukul 7 pagi dah kena gerak pergi sekolah..sebelum bertolak sempat breakfast dekat rumah sofie, rumah yang tumpang tido malam tadi..sofie nih coursemate aku..huhuhu


sebelum start program jom bergambar dulu =p


program pertama untuk hari kedua adalah Pameran Science Trick..fesi fesi yang terlibat (termasuk aku) kena jadi host dekat booth masing masing..tapi ktorang guna meja aje sebagai booth..macam aku kena jaga meja 14 untuk telur berasid..nanti setiap pelajar akan bergerak mengikut kumpulan pergi ke setiap meja dari meja 1st sampai ke meja 14 (meja aku)..setiap meja ada aplikasi fizik+kimia yang korang tak pernah tau pun sebelum nih tapi sebenarnya selalu kita buat dalam kehidupan seharian..


nak main dengan strong acid kena pakai gloves ye ye ye


memandangkan terpaksa bertugas untuk Science Trick maka tugas wartawan terpaksa diambil alih oleh orang lain..yelaaaaa i kan bz time nih..hikhikhik


this is my partner for Science Trick =)


cara lain untuk kupas telur rebus tanpa menggunakan tangan..rendam dalam asid kuat lepas tuh tunggu kejap..nanti lapisan kulit yang berwarna coklat akan hilang sebab dissolve dalam asid..cangkerang telur adalah carbonate..

carbonate + acid ---> salt + carbon dioxide + water

*chemistry form 4 topic salt..pernah buat experiment nih time LM dulu tapi guna kulit telur je..takde telur rebus pun..=)

yang tinggal hanya selaput telur yang berwarna putih saja selain dari telur rebus itu sendiri..kalau agak agak malas nak kupas telur pakai tangan sendiri boleh la try cara nie..tapi sanggup ke makan telur rebus yang dah bercampur dengan asid??? (@__@)


fesi pun berminat nampak..hikhikhik


sebelum kena serbu baik kita bergambar dulu..heeeeee~


jadi macam nie la bila dah ada orang offer nak ambilkan gambar..hahahaha


pipi dah boleh jadi geng dengan telur..=.=


eh sebok lah..jangan kacau >,<


ok sekarang jom kacau orang pulak..hahaha..


with herman and ami =)


fesi fesi dari FP, UTM


lepas habis program Science Trick, sambung pulak program Science Race ala ala Explorace..program kali nih aku tak telibat untuk jaga checkpoint..yeaaaaayyyyy!!!


hehhhh..buat betol betol..kang abang fesi tolak markah kang


sebelum apa apa cepat buat cheers dulu depan fesi..^___^


kesian kena buli dengan fesi fesi..wakakakakaka


semangat!


kena buli eh korang..hikhikhik


kerjasama itu penting!


haipppp..ini bukan aksi berciuman

eh eh eh korang jangan ingat bila aku tak jaga checkpoint aku boleh dok bergelak ketawa riang ria ke..padahal aku lagi stress kot kat bilik tayang sana sebab nak kena siapkan montaj untuk majlis penutup petang nanti..


mula mula memang ramai la yang teman..bila dah kena panggil dengan pengarah program suruh turun bawah last last tinggal aku berdua je dengan sorang lagi membe..hurmmm hurmmm hurmmm


fokus fokus fokus


dah penat duduk jom kita meniarap pulak..tak sopan?? ah pedulikan =p


time rehat pengarah program sempat naik bilik tayang tdo kejap

dalam pukul 2 macam tuh dah start program terakhir untuk hari ini iaitu Wheel Wars..lagi sekali aku tak terlibat sebab dok berhempas pulas siapkan montaj..aku hanya mampu dengar orang dok terjerit jerit tergelak gelak kat dewan bawah sana..jeles gila kot..sesekali aku dok jenguk jugak asal la diorang nih hepi sangat..yang aku kat atas nih tension dok pikir sempat ke tak nak publish video nih..=(


patut la happening sangat sebabnya fesi fesi pun join game nih sama..lagi sekali aku jeles!


cepat ready! dah nak mula nih


cepat cepat cepat jangan sampai terkoyak paper tuh


diorang cakap main benda nie best =(


group archimedes cikides


peace*

dah dapat pemenang untuk game nih (yang pasti bukan group fesi..muahahaha) diorang semua terus bergerak ke bilik tayang untuk acara penutup..

montaj?? sempat la siap..dah siap publish terus bawak pergi depan tayang kat semua orang..nampak macam diorang terhibur jek..hihihihihi


majlis penutup 


terima lah cheers ala canggung dari fesi fesi..sumpah teringat zaman MHS time dok kat KTF dulu..muahahahaha


mana aku mana aku mana aku???


bersedia untuk menembak!


lepas kemas kemas semua then ada sesi bergambar lepas tuh terus balik UTM..tapi tuh untuk orang yang balik naik bas ler..yang aku nih balik dengan ezat naik kereta sempat lagi pergi Ayer Hitam beli kawan baru yang comel lagi cute iaitu Hello Kitty..best sangat peluk time nak tido sampai ada sesuatu berlaku diluar kawalan aku..muahahahaha

overall programme nie memang best and enjoy sangat even untuk hari kedua aku banyak buat kerja depan lappy je..segala penat lelah ktorang sebelum start program rasanya sangat berbaloi bila tengok pelajar pelajar semua pun enjoy dengan program ktorang..

kalau tak dapat A or A+ untuk subjek Sosiologi aku tak tau la nak cakap apa lagi..harap usaha ktorang semua mendapat perhatian dan pujian dari pensyarah yang berkenaan..

itu saja untuk kali nih..

bubbye!







♥ ejan




Thanks for reading this entry ^___^