_________________________________________________________________
Diharap selepas ini pihak yang berkenaan membekalkan senapang atau pistol sorang satu kepada semua guru untuk tujuan mempertahankan diri..ilmu fizik kimia biologi matematik bi bm agama sejarah geografi yang ada pada guru tidak mampu diaplikasikan semasa berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata di sekolah..
ok mak jangan risau..kakak tetap nak jadi cikgu tak kiralah terpaksa pasang bodyguard sendiri kat luar kelas..almaklumlahhh kalau ada masalah rumah tangga nanti kat mana lagi kalau nak lepaskan kalau tak kat pelajar sendiri..yee dak??
setakat ketuk kepala sapa yang tak boleh jawab soalan 'taste for acid' yang dah berpuluh puluh kali dok ulang sampai bawak buah limau sorang sebijik time dalam kelas nak bagi rasa asid tuh macam mana memang akan jadi kenyataan..
ok gurau je..kang mana nak tau kalau orang KPM baca blog aku terus diorang blacklist nama aku time nak posting nanti..tak pasal pasal cita cita dari kecik nak jadi cikgu hanya tinggal kenangan..hehehehe
eh betol nih..time mula mula LM dulu aku tak pandai nak marah apatah denda students especially kalau diorang masuk lab lambat sampai aku kena marah dengan guru pembimbing sendiri sebab tak marah students =.="
ini adalah kerana (ok skema), dulu aku time sekolah pun macam diorang jugak..liat nak masuk lab..tambah tambah kalau lepas abes rehat je kena pergi lab terus..time nih kelajuan berjalan ke lab yang hanya bersebelahan dengan kelas adalah 100m/20minit berbeza dengan kelajuan nak pergi kantin yang hanya mengambil masa selama 100m/5minit..tuh pun tak puas hati sebab tak boleh lalu jalan short cut nak pergi kantin..
so kesimpulannya kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi..sebelum nak marah or denda students baik muhasabah diri kejap adakah kita dulu macam diorang sekarang..hahahaha
ini adalah pendapat peribadi..lain orang lain pendapat..korang yang baca nih bukan macam aku kan..korang selalu bergerak ke lab on time kan..bunyi loceng je terus beratur dua dua pergi lab..bukan macam aku dulu..bersepah pergi lab sendiri sendiri..tuh tak kira lagi yang nak singgah toilet dulu la singgah pergi jumpa pakwe adik angkat dulu la singgah pergi isi air dekat water cooler la..kalau lah time aku sekolah dulu Facebook dah popular aku rasa silap silap ada yang singgah makmal komputer pergi update status "eeeee...malasnya nak masuk lab kimia kejap lagi..dah la cikgu tuh ajar tak paham langsung..tapi nasib baik handsome..boleh la nak cuci cuci mata..heeeeee ^^"
kalau students yang akan datang masuk lab time kelas aku nanti memang nak kena lempang laju laju kalau lewat sebab singgah makmal komputer nak update status kat Facebook atau Twitter..sebabnya aku tak pernah lewat disebabkan teknologi kecuali sebab sebab lain yang telah dinyatakan di atas..hehehehe
♥ ejan
3 comments:
tak pernah denda student?? waah2.. hebat..
tapi yang psati.. seorang cikgu tidak akan mendenda anak muridnya tanpa sebab musabab yang kukuh.. setakat kena ketuk tuh standardlah.. tapikan tak baiklah main kat kpala.. aku paling2 pn main dengan badan.. tak pon kepala..
p/s.. ak tak main rotan dah skrg.. aku main getah plak.. lastik budak.. hahah..
o0ooo0o,cmni rupenye cgu ea...ak dlu jgn kte ktuk kpala,lempang ng cgu da jd mainan =( tp bgus cgu 2 wt cm2,skrg ak da jd org =) tq cgu
betul tu.... cikgu tu garang dan marah anak murid sebab sayang..... kalau cikgu tu xpeduli,xtegur..nasib malang bg anak murid tu.... cikgu aku dulu suka rotan tgn, n tarik sideburn.... sakit gila2.....
Post a Comment