Saturday, January 30, 2010

weekend yang memenatkan

bila tiba hujung minggu semua orang gembira..kenapa ek??mungkin.........
  1. boleh bangun lambat
  2. boleh spend time dengan family
  3. tak perlu terkejar-kejar nak pergi kelas awal-awal pagi
  4. boleh pergi shopping..(shhh..sekarang nie banyak sale untuk chinese new year)
  5. boleh topup tido yang beberapa hari nie terpaksa stay up untuk siapkan assignment or study untuk test
  6. boleh pergi dating...(tapi bukan untuk aku di kala ini)
  7. boleh keluar jalan-jalan cari makan
  8. lepak di bilik teman karib sambil terjerit-jerit menonton cerita hantu sampai lewat pagi
  9. bla bla bla
ada kalanya hujung minggu akan menjadi sesuatu yang memenatkan dan menyebabkan tension jika........
  1. terpaksa bangun awal pagi berpakaian formal untuk ke seminar di fakulti
  2. terpaksa menghadapi test yang datang bertubi-tubi
  3. line brodband cam hampeh
  4. terpaksa siapkan assignment yang bertimbun-timbun
  5. terpaksa menyertai aktiviti luar bukan atas kerelaan hati
so untuk hari ini walaupun weekend, aku terpaksa bangun pukul 6.30 pagi untuk ke seminar keselamatan makmal dan pertolongan cemas di fakulti..pendaftaran bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pukul 1.30 petang..penat memang penat tapi banyak info yang boleh aku dapat terutama sekali slot kedua iaitu pertolongan cemas..penceramah ajar macam mana nak buat CPR, kendalikan orang yang patah anggota badan, sawan, tercekik dan macam-macam lagi..mula-mula ingat macam bosan tapi rasa best pulak..


fareha..ejan..ezat

bila kami mula menggediks..ahaa~~

aku hudoh time nih..hahaha

balik dari seminar tukar baju yang vouge sikit (vouge la sangat....) terus keluar pergi jusco teman yang tersayang..da lapar gilaaa...mula2 cadang nak makan mcd..lepas tue tukar pizza plak..tiba2 teringin nak makan kat jonny..last2 ktorang makan kat rasamas jek..menu yang diorder set nasi ayam percik, crinkle fries dan air..seperti biasalah si dia dengan angan2 besar beliau nak beli bubur mcd sebagai makanan tambahan tapi lepas melantak semua makanan terbabit angan2 tadi sudah menjadi kenangan akibat terlalu kenyang..huhuhuhu..biasalah time lapar nafsu makan kuat bermaharajalela..hahahaha..

makanan nie sedap bila tersangat lapar

sila cuba try test


bila time nak snap pic aku jek tiba2 images corrupt..tinggal pic nie je yang boleh ditatap..huahuahuahua..apakah petanda kepada semua ini??

lepas window shopping lebih kurang sebelum pukul 7 petang ktorang da sampai utm..penat kot weyh..balik2 terus dummmm atas katil sampai azan isyak..dan sehingga sekarang aku masih mampu mencelikkan mata menghupdate blog nih..lepas nie nak buat apa ek??fikir-fikirkanlahh...





p/s: sayang...i gilaa rindu kat kasut hello kitty tuh..belanja bole??huhuhuh...






te amo,
..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^