Wednesday, January 27, 2010

perang poster di mana mana


sebelum nak cerita pasal perang poster, demam pilihanraya dan juga kisah-kisah lucu sebelum tibanya hari mengundi di kampus siang nanti ada 3 berita penting yang membuatkan tidur aku sebentar nanti dibuai mimpi yang mengasyikkan..
yang pertama:

"PERHATIAN!!!!! ESOK KELAS SPN 2052 CANCEL.. TAPI..DAK2 SPK N SPC AD PERJUMPAAN GAN DAK 4 SPM KUL 1 PM.. DI MKMAL BESTARI.. KEHADIRAN WAJIB.. HUHUHUHUHU"

  • mesej dari nor kat fb..waaa..kiranya pagi nanti aku hanya ada 1 jam je kelas..lepas tue petang ada kelas komunikasi yang amat membuhsankan itu..
  • moral of the story daripada pembatalan kelas en meor, aku boleh la pergi mengundi dengan tenangnya tanpa perlu terkejar-kejar untuk pergi ke kelas..
  • yang amat PENTING!!! tak ada pertambahan 'kerja sekolah' lah untuk hari ini..hahahaha
yang kedua:

"they said authoring test ditundakan lepas cny"

  • mesej dari oral b..horayyyyyyy!!!!!!!!!!!lama lagi beb nak test..boleh la relax2 dulu..huhuhuhu...kalau tak test hari jumaat nih..satu apa pun tak study lagi weyh..blur blur la saya nih...
yang ketiga:

Nurul Izzanie Adnan
Nurul Izzanie Adnan
cbuk wat montaj weyh..nek mabuk aku..wawawawawa
Nurulhidaya Bt Hashim
Nurulhidaya Bt Hashim
tau takpe22..wawawa..nasib baik anta mnggu ke9.

  • err...minggu ke9???horayyyy lagi sekali....kenapa la aku ingat nak kena hantar minggu depan..kalau aku taw la lambat lagi nak hantar tak payah la aku besengkang otak nak buat montaj yang terbaik dari ladang tuh..adehhh...tension2..
  • thanks sopie..seb bek la aku berfesbuk dengan ko tadi..kalau tak aku sorang je yang semangat nak hantar minggu depan..huhuhuhu
okeh..kembali kepada berita utama..sekarang nie musim ipta nak pilih majlis perwakilan pelajar termasuklah kampus aku sendiri iaitu UTM Skudai..kiri kanan depan belakang penuh dengan poster calon2 yang bertanding..yang kreatif dan berseni sikit diorang lekat atau gantung poster ikut ejaan nama sendiri..well..nak cari publisiti murahan la katakan..kempen semakin rancak antara dua parti yang bertanding iaitu pro mahasiswa dan evolusi..aku pernah disapa oleh seorang mamat nih kat sub..masa tuh aku tengah makan..kalau tak salah budak nih fakulti elektrik..dia datang sapa aku dengan ezat..bukan sapa sebarang sapa tapi sapa untuk berkempen dan menghujahkan dia punya manifesto..salah satu manifesto mamat nih dia cakap nak perluaskan penggunaan wifi kat dalam kampus..eeeiii...tolonglaaa...dah berapa keturunan dok janji benda yang sama tapi bila dah menang semua janji2 hanya tinggal kenangan jek..aku dengan nada sinisnye cakap kat mamat tue elehh confirm jek leh dapat wifi..lepas tue mamat tue jawab sekarang nie utm tengah upgrade sistem wifi and bla bla bla..pandai menjawab ek ko..aku doakan ko dengan manifesto ko tuh menang la yea nanti..kecian ko bpeluh2 berkempen mengalahkan YB..hahahahaha..kalau ada rezeki terpangkah nama ko ada laa nanti..huhuhu

bukan setakat poster-poster je yang menyemak tergantung kat sana sini tapi ada juga la kertas2 kecik ala2 nak jimat duit diedarkan.."UNDILAH SAYA" "PANGKAHLAH SAYA" PILIHLAH SAYA"...haishhhh...macam2 rayuan dan godaan untuk menarik perhatian ramai..sampai sekarang nih dalam pukul 2.30 pagi ada lagi kertas2 nih menyusup masuk kat bawah pintu aku..macam2 warna dan janji2 manis ditaburkan..haaa...pro m nih kreatif sikit..diorang kasi kertas2 nih dalam bentuk bendera..alahai~~berapa banyak la korang habiskan duit untuk semua nie kan..harap berbaloi la dengan apa yang korang buat..tapi....yang tragisnye time nie la KELAB SILAT pun berkempen untuk mencari ahli..hahahahahahaha..sempat lagi hantar iklan dari bilik ke bilik tuh..

haaa...nie ada kisah lucu dan pengalaman yang menarik sebelum tiba hari pilihanraya..aku rasa dekat kampus lain mesti tak pernah terjadi kisah nih..memang kelakar + geram abis..cerita apa tue??bak kata tok ti biarlah rahsia~~....huhuhuh..yang pasti cerita nie mesti akan jadi pengalaman yang manis bagi aku dan member2 aku yang lain..

dah penat membebel..badan masih cergas..mata belum mengantuk..argghhh..macam mana nih??adakah aku juga dilanda demam pilihanraya??tepuk dada tanya hati..
SELAMAT PAGI MALAYSIA!!!



p/s: fakulti pendidikan nak kasi pendrive 8 gig dan 16 gig kepada pengundi yang bertuah..harap2 lah saya tiba di tempat kejadian pada masa yang tepat dan benar..amin.....







te amo,
..:ejanlicious:..



Thanks for reading this entry ^___^

1 comment:

mizz_aainaa said...

haha.. brtuah ka?? hehe