serangan tersasar
bangun pg td tekak aku trasa sangat perit seperti sedang menelan beribu ribu cebisan kaca..hidung mula belajar untuk selsema..aku sempat menelan sebiji panadol sebelum ke kelas..kelas bi aku dah mula sdikit tersengguk sengguk..kelas authoring lagi la..seb bek pndai cover..huhuhu..kelas microteaching aku da trasa len mcm..trsangat mengantuk dan letih..tekak ku seperti ditoreh dengan pisau..lecturer tak datang so aku trus balik bilik tanpa singgah di mana2 kafe..time tue aku hanya trnmpak katil je di sepanjang dalam bas..sampai bilik trus tdo..badan aku dah mula terasa bahang sehingga aku terpaksa batalkan date aku nak g shopping dengan najua..cian ko kan..da siap lawa2 tapi last minit aku cancel..maafkn aku wahai sayangku..tdo punya tdo aku trjga sebab emak kol..aku mngadu pada emak yang aku demam..mak suruh pegi klinik dalam u tapi time 2 hujan lebat..aku mula mencari ubat untuk kebahkan aku punya demam..aku kena sembuh cepat..kalau tak trip aku pegi singapore hanya sia sia kalau selsema + demam bermaharajalela dalam tubuhku..aku ke bilik nenek tanyakan pasal ubat..nenek cakap da habis..aku msg kak long untuk tanyakan hal yang sama..kak long cakap dia ada ubat..so aku tunggu la kak long abis kelas untuk mintak dia punya ubat..pukul 6 lebih kak long datang ke bilikku bawak 3 jenis ubat..aku hanya taw 1 daripada ubat2 tue adalah paracetamol iaitu ala2 panadol..yang lagi 2 aku tataw ubat apa sebab nama ubat tue dalam bahasa saintifik..aku yang da tak tahan menanggung derita trus menelan ubat2 yang aku sendiri tataw asal usul mereka..selang beberapa minit kemudian aku terus tetido..memang tinggi betol kandungan dadah dalam ubat2 yang aku amek tadi..tiba2 aku terjaga dari tdo setelah jam menunjukkan pukul 8.30 malam..aku terasa badan aku sangat ringan sekali..tekak aku dah pulih..aku semakin cergas..yay!!bila bangun je aku terus pegi bilik kak long untuk ucapkan terima kasih kerana ubat2 beliau aku dah menjadi normal..lepas tue aku terus pergi mandi..memang terasa sangat nikmat apabila badan kembali aktif seperti sedia kala..selepas mandi pintu bilik aku diketuk..rupa2nya kak long datang untuk memberitahu sesuatu fakta yang harus aku terima..kak long: mu taw tak ubat ape yang mu makan tadiaku: tataw..ubat ape??kak long: akak ku cakap 1 jenis tue ubat selsema..1 lagi tue ubat tahan sakit untuk penyakit yang kronik macam orang patah kaki dan bla bla bla..aku: ek?? tak pe la janji aku sembuh..aku tak kesah makan ubat ape pun..kak long: mu ok ke??aku: ok aje..selepas beberapa ketika aku mula terpikir..hhmm....aku ok ke sebenarnya??te amo,
..:ejanlicious:..
Thanks for reading this entry ^___^
2 comments:
hg gila!!!
hg sewel~~
Post a Comment