Thursday, February 17, 2011

RAHSIA BULAN KELAHIRAN


sebenarnya dah lama teringin nak buat application RAHSIA BULAN KELAHIRAN kat facebook tapi tadi baru terasa rajin..aku lahir bulan november so meh nak kupas sikit ramalan dan kajian oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah..

banyak idea dalam perkara

           haaa..memang banyak sangat idea sampai kadang kadang semua kena reject sebab banyak yang tak boleh pakai..huhuhu..tapi yang pasti bila bab bab mengedit gambar, video, power point, poster, blog dan senang cakap yang melibatkan teknologi memang aku banyak idea sebab memang kepala otak aku minat ke arah itu..tapi kau jangan lah mintak idea kat aku macam mana nak selesaikan masalah matematik sebab aku benci math! =.=" 

sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya

yang ini tak tau nak komen macam mana sebab aku rasa orang lain senang je nak faham aku kot..entah laaa..

berfikiran ke hadapan

memang selalu sangat berfikiran ke hadapan a.k.a berangan..normal lah kan perempuan..tak dapat lari dari pikir bila nak kawen..tema kawen nak pakai kaler apa..nak honeymoon kat mana..haishhhh..memang ke hadapan sangat!

berfikiran unik dan bijak

sepanjang aku 22 tahun hidup kat bumi belom ada lagi orang cakap aku berfikiran unik dan bijak..='(

penuh dengan idea idea baru yang luar biasa

hoi hoi hoi..asal semua ramalan banyak pasal cara berfikir nih padahal aku pun tak pasti apa yang aku fikir selama nih..terlalu dasyat bagi aku untuk keluarkan idea idea baru yang luar biasa..hahaha

pemikiran yang tajam

laaaaaa..berfikir lagi..tak tak tak sebenarnya aku seorang yang malas berfikir..=p

daya firasat yang sangat halus dan tinggi

daya firasat tuh ada tapi tak lah sangat halussss dan tinggi kan..tapi daya firasat aku banyak yang ke arah negatif..semua nak fikir yang buruk buruk je..=.=

sesuai jadi seorang doktor

OMG OMG OMG!! adakah aku tersalah bulan kelahiran atau sememangnya aku tak layak untuk lahir dalam bulan november?? doktor dengan aku bagai langit dengan bumi..dari sekolah lagi aku sangat anti dengan biologi sampai SPM pun dapat C je untuk bio..hahahaha..lain lah kalau cakap aku sesuai jadi cikgu ke engineer ke programmer ke baru lah boleh diterima..=)

cermat dan teliti

salah sangat nih..aku bukan seorang yang cermat..aku sangat boros bila melibatkan hal kewangan..kalau bab bab teliti entah laa..ada benda yang aku pandang remeh je dan ada benda aku memang sangat teliti..

personaliti yang menarik

menarik ke? hahaha..time LM dulu ada students cakap aku nie manja..hehhhh..aku tak pernah nak bermanja manja kot time mengajar..maybe body language aku dan cara aku bercakap dengan students kot yang manja..lagi satu ada student cakap yang dia suka tengok aku senyum dan ketawa..maksud aku bukan cakap face to face..minggu terakhir sebelum aku habis LM ada aku suruh diorang tulis surat cinta untuk aku..so salah satu surat tersebut ada tertulis yang dia akan rindu nak tengok aku senyum lagi lepas nie..^____________^

bercita cita tinggi

cita cita nak jadi cikgu..tinggi ke tak eh??

sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

yeahhhh..sangat kena dengan aku..aku agak perahsia bila melibatkan soal peribadi..cuma sorang je yang bayak tau rahsia aku tapi tue pun tak semua dan orang tue akan tau siapa dia..hahaha..aku pun suka sangat korek rahsia orang..korek korek korek sampai dapat..hohoho

banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

kan tadi dah cakap aku seorang yang malas berfikir..hahaha..kurang bercakap tetapi mesra sangat tepat untuk orang yang baru aku kenal je..kalau yang dah lama kenal aku rasa diorang pun dah fedup nak dengar aku bercakap..huhuhu

amanah, jujur, setia dan pandai berahsia

hurmmm..banyak betol penggunaan nilai nilai murni kat sini..hahaha..apa yang boleh aku komen aku nih pun manusia biasa..tak adalah sempurna mana..biarlah orang lain yang tentukan aku nih amanah ke jujur ke atau pun pandai berahsia..=)

berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran

berani?? oh tidak! aku seorang yang sangat penakut dengan hantu tetapi amat berani dengan lipas dan cicak kadang kadang dengan kucing pun berani jugak..huhuhu..pemurah?? yeahhh..murah dengan senyuman..=) setia?? agak laaaa..banyak kesabaran?? boleh lagi kalau belom keluar dari limit kesabaran aku..

terlalu degil dan keras hati

kadang kadang kot..bergantung kepada tempat dan situasi..

apabila berkehendak sesuatu akan diusahakan sehingga berjaya

setakat nih boleh lah berjaya kalau ada orang dok push aku dari belakang..hahaha

tak suka marah kecuali digugat

yeahhh..marah bukan sifatku..cewahhhhhh..

mudah ambil berat terhadap orang lain

tepat sekali terutama untuk orang yang aku sayang..macam situasi sekarang aku sangat risau dekat sorang nih..semalam cakap demam tapi sampai sekarang tak update pape lagi kat aku..risaunyeee..nak mesej atau kol takut ganggu..hurmmm..biarlah..think positive..aku tau dia ok..entah entah aku je yang risau lebih padahal dia dok sebok enjoy kat luar..=.="

pandai muhasabah diri

tak pandai..tolong ajar plzzzzz~

cara berfikir yang lain dari orang lain

aku rasa sama je cara aku fikir dengan orang lain..huhuhu

otak yang sangat tajam

tak tak tak..bukan sangat tajam..hahaha..

pandai mendorong diri sendiri

tak pandai! aku kena ada orang lain yang bagi dorongan dekat aku..hehhhh..

tidak hargai pujian

salah!! aku sangat menghargai pujian okeh..

kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu

wakakakakaka..tak perlu semua tuh..janji duit ada semua kehendak akan jadi kenyataan..betol tak??

cuba sampai berjaya

kadang kadang belom berjaya dah berputus asa...=.="

badan yang sasa

bukan bukan..ini statement bukan ditujukan untuk aku okeh..sangat tidak sesuai..wekkkkk

kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik

macam kelakar jek..hahahahha..nak berkasih sayang dan romantik secara extream pun ikut orang lah kan..hohoho

suka duduk di rumah

sangat tepat sekali..aku memang menyahut seruan RUMAHKU SYURGAKU..hihihihi

sangat rajin dan berkemampuan tinggi

rajin ke? hahaha..banyak belakon rajin je sebenarnya..berkemampuan tinggi macam melampau sangat..tapi boleh lah setakat mana yang mampu..

tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

agak betol..bila melibatkan soal hati dan perasaan aku agak emo..sangat mudah tersentuh dan mengalirkan air mata..contoh terdekat time hari hari terakhir sebelum habis LM..menangis depan students pernah..menangis time salam cikgu cikgu masa hari last pun pernah..puas orang pujuk tapi still aku tak dapat kawal emosi tuh..menangis time kena reject pun pernah..bila pikir pikir balik macam tak berbaloi je aku menangis untuk orang yang tak pedulikan aku..lagi satu menangis bila kena maki atau fitnah pun pernah..yang nih adalah contoh terdekat..tapi tak apa..semua tuh aku anggap macam habuk je..sekali tiup habis semua berterbangan..kalau ada yang tak sempat terbang aku akan pijak pijak dulu..kejam tak?? hahaha

perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah rubah

better tanya orang yang kenal aku sebab aku pun tak berapa pasti akan hal ini..huhuhu





penat gila nak pikir pasal personaliti sendiri..tapi tak boleh percaya semua sebab dah nama pun ramalan kan..so yang belom try lagi sila lah try eh..gud luck!






♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

No comments: