Friday, January 28, 2011

ponteng kelas, bz, bz, bz dan terus bz

salam readers~

cuti datang lagi..cuti kali nih aku balik rumah mak mertua sendiri ler..gara gara tiket bas beli last minit maka banyak lah bas yang sudah penuh..akibatnya aku terpaksa pulang awal sehari dari orang lain dan sengaja terpaksa ponteng kelas kimia analisis II dan juga kimia organik biomolekul untuk hari jumaat..hekhekhek


ssshhhhh..jangan bagi tau pensyarah yang aku ponteng tau..ada suara suara jeles dan tak puas hati cakap aku nih mengalahkan budak budak cina yang nak balik beraya..bukan main awal lagi balik..hohoho..tapi macam mana pun aku nih jujur tau tak..bila dah niat nak ponteng memang aku tak akan suruh member signkan attendance aku..kejap lagi ada lah yang cakap aku puji diri sendiri pulak..wekkk


lately aku memang bz..bz dengan aktiviti service learning untuk subjek sosiologi..sebagai timbalan s/u aku pun kena turun padang untuk jayakan projek nih..rabu lepas pergi JPN untuk dapat kelulusan nak buat program kat sekolah..tadi pagi (jumaat), president, s/u dan beberapa orang lagi dah pergi sekolah untuk ala ala jual projek kami..nasib baik aku balik..kalau tak aku pun kena ikut sekali pergi sekolah yang dah kami pilih..hikhikhik

kali nih pulak bz dengan Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP)..alaaa..setiap fakulti kan ada persatuan sendiri..so PMP nih persatuan untuk fakulti pendidikan lah..untuk semester nih aku pegang portfolio sebagai ketua exco penerbitan dan multimedia..segala jenis flyers, poster, banner, montaj, audio, video, grafik and so on bawah jagaan aku..yang paling best aku akan jadi admin untuk blog PMP..yeayyy!! aku suka..aku akan buat transformasi kat blog tuh secara besar besaran..yeeehaaaa~

sekarang nih aku berdoa sangat pihak kolej tak ada buat apa apa aktiviti yang melibatkan AJK blok..sebabnya dekat blok L12 wing D pun aku ada jawatan..hehhhhh..

aku blom sebut lagi bz sebab assignments, projects, tests and quizes..waaaaaaaaaaaaaa.....aku rindu nak pergi mengajar kat sekolah..tak perlu nak pikir hal yang buatkan aku bz bz bz sampai meeting semalam habis pukul 6.30 petang..then balik bilik solat semua..lepas tuh baru packing barang nak balik..akibat packing last minit maka aku tertinggal berus gigi, pencuci muka dan stokin..argghhh..sebelum nih sminggu sebelum balik aku dah packing barang semua..

entah silap kat mana zip beg buat hal pulak..tak boleh nak keluarkan selimut yang nak guna atas bas nanti..dah laaa stokin lupa nak bawak..sweater lagi laa tak ingat langsung..memang sejuk gila kot..last last aku free hair je atas bas..tanggalkan shawl then terus guna untuk selimut aku..tapi tuh pun still sejuk..=.="


bz macam mana pun hati mau kena happy..jangan tension..nanti cepat tua bak kata orang tua..huhuhu..macam  aku nih..bz tahap dewa pun aku still boleh curi masa bergedik depan camera..ini adalah salah satu terapi untuk aku kurangkan tension..hahahaha..yeke? tak percaya jom face to face..bye!








♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

2 comments:

mizz_aainaa said...

fuyohh..
itu dy..
BUZY nyaaaa..
:P

nurulizzanieadnan said...

well~
mngalahkn MB aku punya bz
hohoho