Saturday, May 19, 2012

Faculty Dinner 2012



Tempat: Hotel Puteri Pacific, Persada
Tarikh: 14 Mei 2012
Tema: Korporat
Anjuran: Fakulti Pendidikan

_________________________________________________________________________

Dinner yang paling semua orang tunggu sebab sebelum cuti midsem lagi dah war-warkan pasal benda nih. Faculty Dinner khas untuk pelajar tahun akhir sesi 2011/2012. Konon-konon macam pihak FP nak raikan kami yang dah final year nih la. 

Batch lepas aku pernah join dinner nih dengan senior-senior sebab masa tuh aku tolong buat buku program dengan staf office so aku pun dapat jemputan sama. Tapi kali nih aku tak terlibat di belakang tabir sebelum dinner berlangsung. Ingat kot boleh la relax pergi dinner enjoy enjoy tapi tidak ku sangka yang aku terpaksa buat persembahan on that night! Beberapa hari sebelum dinner berlangsung aku and the team memang berlatih menari la menyanyi la sampai terpaksa pergi awal dekat hotel untuk rehearsal. Even dah macam last minute berlatih tapi hasilnya cukup boleh buatkan kami semua puas hati. Rupa-rupanya join persembahan bukanlah tak seronok and stress yang macam aku sangka sebelum nih. Memang sangat enjoyyyyy dengan team team persembahan yang lain.



Buku program. Banyak salah so kena pulangkan balik =.=


dalam rest room sebelum masuk dewan


team first masa buat persembahan!


Usik mengusik pun bermula seiring dengan lagu tema iaitu Zapin Usik Mengusik.
Kelihatan di situ Dr Rahim, lecturer yang observed aku dulu time LM. hehehehe





Meja No 9 untuk meja team persembahan. time nih dah lega sebab dah selesai buat persembahan. So bersorak untuk team lain pulak. 



Makanan untuk malam tuh ala ala western. Served by course. Dah habis makan ada pelayan angkat then served makanan yang baru. 







Clear Chicken Soup with Julienne Vegetables 
+ served with bread roll and butter




Poached Tiger Prawn with Imported Green Salads and Cocktail sauce.

( tak kena dengan selera aku nak makan sayur mentah nih. so aku hanya makan udang. yang lain lain pass kat orang sebelah. hahaha )


Baked sea bass fillet served with Parsley Cream Sauce
Pistachio Mashed Potato
Chef selected vegetables

( yang nih pun tak kena dengan selera aku. cream sauce tuh bila makan dengan mashed potato rasa muak. dasar tekak kampung! hahaha. so makan ikan seketul saja. seketul lagi lelong kat orang lain.  )


Kali nih main dish ada dua jenis. satu ikan satu ayam. yang meja aku dapat ikan. yang meja lain akan dapat ayam yang macam kat bawah nih.


Grilled Stuffed Cajun Chicken Breast served with Mediterranean
Mushroom saurce
Croquette Potato
Chef selected vegetables


Chocolate Brownies with Vanilla Sauce
Coffee or Tea

Dah habis makan semua of course lah ada penyampaian anugerah segala tuh kan. termasuk juga cabutan bertuah. Dah selesai semua ada masa untuk bergambar. time nih yang paling best. yeehaaaaaa~


gaya gambar macam dok layan peminat nak ambil gambar kami bersama. hahahaha
sorry kualiti gambar buruk sikit sebab ada yang ambil pakai fon jek. sob sob sob


coursemate: Soh Ing Ren


coursemate: Helamy


coursemate: Sofi


coursemate: Lynn


coursemate: Ezat


cousemate: Fareha


coursemate: Coffee
( hudoh gila gaya. hahaha )


Coursemate: Oral B


the only jejaka in 4 SPK


4 SPK
Course paling sikit di fakulti iaitu 9 orang jeeee..


with Susan. amoi cantik


darling Lynn


gaya posing macam diva. wekkkk
with Asma'


bersama amoi amoi


sayang amoi amoi


dah tak ada idea nak pose =.=


amboi.. tak lama dah nih


kami

cukup lah kot sampai kat sini. penat ooo nak tunggu gambar upload satu satu. hahaha. so apa yang aku boleh cakap, compare dengan dinner final year batch lepas. yang lepas lagi best dari segi makanan and hall diorang kasi untuk batch lepas lagi ok even batch lepas pun buat kat Persada jugak. Pentas kali nih kecik dan rendah.  Maybe dari segi bajet kurang kot. Tapi kami semua still kena topup RM15. Normal lah kan tak semua orang boleh puaskan hati masing-masing. Ada sana sini kurang biasalah tuh. Apa apa pun malam dinner tuh bagi aku not bad la. Boleh huuu haaa huuuu haaa ambil gambar lagi kira ok sangat dah la.

Pen off,
Bye..





♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

1 comment:

Unknown said...

Just nk komen tntg makanan, mmg tekak org kampung...... Hehehe but dessert xlelong pun kat org lain