Sunday, February 26, 2012

Semester 8





ohh yeahhh..
da last semester kat UTM nih macam macam perasaan ada. sedih sebab nak tinggalkan kawan kawan yang dah macam family. almaklumlah i nih kan perantau. sebatang kera kara kat sini. ada gak rasa happy sebab dah nak masuk alam pekerjaan tapi agak risau sebab macam macam isu posting yang boleh menyemakkan fikiran..haishhhh..

dah alang alang terajin sikit malam nih apa kata kita review sikit subjek subjek untuk semester terakhir di UTM.


NATURAL PRODUCT

Subjek kimia untuk semester terakhir. so far dah seminggu belajar ok lagi. best gak la sebab subjek nih banyak involve kita untuk mengkaji segala jenis tumbuhan. tapi dengar kata ada kaitan dengan kimia organik..ishhhhh nih yang tak suka nih..hopefully lecturer yang muda dan cun untuk subjek Natural Product nih boleh buat aku suka dan minat dengan kimia organik. =.=

MOLECULAR SYMMETRY AND SPECTROSCOPY

Dr Hadi Nur dari Indonesia yang ajar subjek nih. rasanya subjek ni lebih kurang dengan Kimia Analisis Berinstrument. Last week kelas sekali je sebab Dr Hadi tak nak buat kelas lagi. nak tunggu upload nota katanye. So tak sempat nak belajar apa apa.

KAEDAH MENGAJAR SAINS KOMPUTER

Subjek yang bakal buat aku bz semester nih. Lecturer yang ajar still muda. Baru balik dari oversea so agak energetik dan aktif. Dr Zaleha @ Dr Zac. Mula mula masuk dah review assignment yang gila berat. Kena buat modul, buat projek, presentation dan lain lain. total carry mark 70. final juz 30 markah je. Yang pastinya kami kena keluar dari UTM untuk laksanakan projek untuk subjek nih. tapi ok gak sebab 1 kumpulan 8 orang. So beban tugas dapat dikurangkan.

PENDIDIKAN KIMIA

Subjek pendidikan untuk bakal cikgu-cikgu kimia. Assignment dah dapat tajuk. Macam biasalah isu yang perlu dibincangkan masalah pembelajaran kimia atau sains pada masa kini. ada 2 orang lecturer yang ajar. 7 minggu pertama dengan PM Yusof dan 7 minggu seterusnya dengan Tuan Haji Meor.

PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Subjek elektif fakulti tapi tak bagi pilihan untuk students pilih sendiri. hehhhhhh..dengar nama subjek pun  macam dah bosan. tapi setakat nih bila 1st time belajar ok lah. tapi dah tanam azam akan ponteng kelas nih bila agak agak macam dah bosan. tapi bila fikir balik yang ambil subjek nih coursemate aku 9 orang dengan 3 orang junior. Total 12 orang. kalau nak ponteng nampak sangat laaaa orang tak cukup. hukhukhuk

itu saja subjek untuk semester ini. total 16 kredit. 4 kredit untuk PSM. So 12 kredit untuk subjek yang ada final exam. jadual tak pack sangat. hari jumaat tak ada kelas langsung. hari khamis akan diusahakan untuk tak ada kelas jugak tapi macam complicated sebab bila junior dah join jadual banyak yang clash. kalau tak 1 minggu boleh cuti 4 hari. 3 hari je ada kelas. macam tak berbaloi ada kelas 2 jam je hari khamis pukul 2 -4 petang. =(


Bila dah semester last hopefully dapat score yang palinggggggg bagus dari 7 semester yang sebelum nih. InsyaAllah..






♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

2 comments:

BungaHati said...

hoi.. pendidikan & pembangunan r.. penyelidikan dlm pendidikan tu subjek sem6 kot..ngn dr.hee...ish mu ni...huhu..

BungaHati said...

ish..pendidikan & pembangunan r..huhu..mu ni..penyelidikan dlm pendidikan 2 bkn subjek thun 3 ke?ngk....huhu..