Sunday, February 26, 2012

Semester 8





ohh yeahhh..
da last semester kat UTM nih macam macam perasaan ada. sedih sebab nak tinggalkan kawan kawan yang dah macam family. almaklumlah i nih kan perantau. sebatang kera kara kat sini. ada gak rasa happy sebab dah nak masuk alam pekerjaan tapi agak risau sebab macam macam isu posting yang boleh menyemakkan fikiran..haishhhh..

dah alang alang terajin sikit malam nih apa kata kita review sikit subjek subjek untuk semester terakhir di UTM.


NATURAL PRODUCT

Subjek kimia untuk semester terakhir. so far dah seminggu belajar ok lagi. best gak la sebab subjek nih banyak involve kita untuk mengkaji segala jenis tumbuhan. tapi dengar kata ada kaitan dengan kimia organik..ishhhhh nih yang tak suka nih..hopefully lecturer yang muda dan cun untuk subjek Natural Product nih boleh buat aku suka dan minat dengan kimia organik. =.=

MOLECULAR SYMMETRY AND SPECTROSCOPY

Dr Hadi Nur dari Indonesia yang ajar subjek nih. rasanya subjek ni lebih kurang dengan Kimia Analisis Berinstrument. Last week kelas sekali je sebab Dr Hadi tak nak buat kelas lagi. nak tunggu upload nota katanye. So tak sempat nak belajar apa apa.

KAEDAH MENGAJAR SAINS KOMPUTER

Subjek yang bakal buat aku bz semester nih. Lecturer yang ajar still muda. Baru balik dari oversea so agak energetik dan aktif. Dr Zaleha @ Dr Zac. Mula mula masuk dah review assignment yang gila berat. Kena buat modul, buat projek, presentation dan lain lain. total carry mark 70. final juz 30 markah je. Yang pastinya kami kena keluar dari UTM untuk laksanakan projek untuk subjek nih. tapi ok gak sebab 1 kumpulan 8 orang. So beban tugas dapat dikurangkan.

PENDIDIKAN KIMIA

Subjek pendidikan untuk bakal cikgu-cikgu kimia. Assignment dah dapat tajuk. Macam biasalah isu yang perlu dibincangkan masalah pembelajaran kimia atau sains pada masa kini. ada 2 orang lecturer yang ajar. 7 minggu pertama dengan PM Yusof dan 7 minggu seterusnya dengan Tuan Haji Meor.

PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Subjek elektif fakulti tapi tak bagi pilihan untuk students pilih sendiri. hehhhhhh..dengar nama subjek pun  macam dah bosan. tapi setakat nih bila 1st time belajar ok lah. tapi dah tanam azam akan ponteng kelas nih bila agak agak macam dah bosan. tapi bila fikir balik yang ambil subjek nih coursemate aku 9 orang dengan 3 orang junior. Total 12 orang. kalau nak ponteng nampak sangat laaaa orang tak cukup. hukhukhuk

itu saja subjek untuk semester ini. total 16 kredit. 4 kredit untuk PSM. So 12 kredit untuk subjek yang ada final exam. jadual tak pack sangat. hari jumaat tak ada kelas langsung. hari khamis akan diusahakan untuk tak ada kelas jugak tapi macam complicated sebab bila junior dah join jadual banyak yang clash. kalau tak 1 minggu boleh cuti 4 hari. 3 hari je ada kelas. macam tak berbaloi ada kelas 2 jam je hari khamis pukul 2 -4 petang. =(


Bila dah semester last hopefully dapat score yang palinggggggg bagus dari 7 semester yang sebelum nih. InsyaAllah..






♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

Monday, February 13, 2012

MEKAR 2011




Mari Dekati Pelajar (MEKAR) 2011 adalah program Fakulti Pendidikan yang melibatkan pengambilan sekolah angkat untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan Fakulti Pendidikan, UTM. sekolah yang terlibat adalah SMK Taman Desa Skudai. actually program nih dah berlangsung semasa semester break 4 bulan pada semester yang lepas. beberapa orang ahli PMP telah ke sekolah tersebut pada setiap minggu bagi menjalankan aktiviti bersama para pelajar tingkatan 1 dan 2.

Kemuncak program adalah pada bulan 10 yang lalu. pada masa ini rombongan pelajar dari Fakulti Pendidikan telah dibawa ke SMK Taman Desa Skudai untuk menjadi fasilitator kepada para pelajar disana. even masa yang diperuntukkan agak singkat, tetapi kerjasama yang terjalin serta aktiviti yang diadakan amat memberi kesan kepada semua yang terlibat.

Seperti biasa, tugas aku tak lain tak bukan pegang unit penerbitan dan multimedia. kadang-kadang bosan gak asyik pegang unit yang sama ja..haishhhh..so aku diminta oleh pengarah program, Cik Surya untuk buat montaj perasmian macam kat atas nih. montaj untuk perkenalkan organisasi PMP aku cut dari montaj yang Sarah buat untuk FYE. so aku juz buat montaj start dari program MEKAR. tapi ada satu kesilapan besar yang aku dah buat. nama sekolah kat montaj salah kot. sebenarnya SMK Taman Desa Skudai tapi kat dalam montaj aku buat SMK Taman Sri Skudai. my bad! =(

gambar time perasmian dan aktiviti tak ada sebab tak tau sapa yang simpan.hahahaha. yang mampu disajikan hanyalah montaj kat atas nuh..hehehe





itu saja..
bye!





♥ ejan




Thanks for reading this entry ^___^

Johor Fun & Active Carnival (JoFAC) 2011




macam biasalah. ini event dah basi. baru rajin nk update. hehehe. JoFAC nih anjuran Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP). pengarah JoFAC ialah Cik Sarah, junior course aku aka Naib Presiden 2 PMP. kepada yang tertanya-tanya apa tuh JoFAC meh la tengok poster kat bawah nih.



JoFAC adalah pertandingan futsal sebenarnya. ada 2 kategori, open sekolah dengan open UTM. sebagai ketua unit penerbitan JoFAC harus lah kerja-kerja mendesign poster, banner, nametag dengan buku program aku yang buat. ohh yeahhh setelah macam-macam kehendak dan permintaan serta terpaksa betulkan sana sini akhirnya aku berjaya design poster yang macam kat atas nih dan mendapat kelulusan pengarah program. *clap clap*
dan poster nih telah ditampal disetiap pelusuk fakulti pendidikan dan ada juga kat tempat-tempat lain macam kafe dan kolej-kolej..hehehe


yang nih pulak poster untuk dihantar ke pihak sekolah =)

disebabkan saiz banner yang besar, so take time nk upload. aku nih jenis tak boleh sabar. malas nak tunggu-tunggu..hahahaha..tapi banner JoFAC pengarah program yang design. aku dah give up sebab asyik kena reject ja. tau lah i nih bukannya kretif sangat. wuwuwuwuwu~




nametag JoFAC. berpuluh kali tukar design asyik kena reject ja. last-last nih la hasilnyaaaa..


contoh buku program. print screen ja nih. yang hardcopy lepas siap print semua lupa pulak nak ambil gambaq..huhuhu.





JoFAC kategori terbuka sekolah


ada juga peserta dari pelajar UTM


urusetia =)






JoFAC terbuka UTM



the winner..team international students


tulang belakang JoFAC

itu saja
bye!






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, February 11, 2012

kebakaran di taman nuri 11/2/2012

*video dirakam dari atas balkoni/beranda rumah penulis

pagi pagi dah bising dengan bunyi siren dari bomba..
punca kebakaran adalah dari suis yang tak berapa nak function di bilik belakang..video dirakam pada bahagian depan rumah..Alhamdullilah tiada kemalangan jiwa dilaporkan..tapi disebabkan kerosakkan yang teruk, penghuni rumah terpaksa berpindah sementara proses membaik pulih rumah selesai..

sekian sahaja laporan daripada wartawan yang tak bergaji..hakhakhak




♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^