Thursday, January 19, 2012

KEM FIRST YEAR EXPERIENCE (FYE) 2011




Tarikh: 16 - 18 September 2011
Lokasi: Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulai
Penyertaan: Semua pelajar tahun 1 Fakulti Pendidikan

__________________________________________________________________________________

FYE adalah 1st program untuk Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP) bagi semester lepas. PMP bekerjasama dengan Fakulti untuk organize FYE khas untuk students 1st year yang baru masuk UTM. Actually ini adalah FYE pertama dari Fakulti Pendidikan yang diadakan di luar dari kawasan UTM. Syabas diucapkan kepada barisan PMP terutama sekali Pengarah FYE, Saudara Abdul Rahim yang telah berjaya membawa satu pembaharuan kepada fakulti dan seterusnya menaikkan lagi nama PMP.

Bukan senang untuk organize program besar macam nih..orang lain masih bercuti di rumah tapi kami barisan PMP yang lain telah turun UTM terlebih awal semasa pelajar tahun satu masih mengharungi Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) untuk memberi pendedahan serta mengutip yuran FYE. aku pula ditugaskan oleh staf fakulti untuk memberi penerangan mengenai penggunaan Aimsweb dan Elearning kepada adik-adik yang baru mendaftar. Mereka dikumpulkan mengikut kursus dan dibawa ke makmal komputer. Di sana, aku bersama seorang lagi rakan memberi serta menunjukkan demo penggunaan Aimsweb dan Elearning. 

Pada minggu pertama kuliah, program FYE telah berlangsung pada hujung minggu tersebut. Pada kali ini, program FYE dipecahkan kepada dua tempat. Pelajar pendidikan sains sukan serta tesl ditempatkan di Kem Bina Negara di Segamat manakala bagi pendidikan teknikal dan kemahiran hidup ditempatkan di Kem Bina Negara, Kulai. Para fasilitator juga dipecahkan kepada dua tempat. aku telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator di Kulai.

Jom layan gambar sepanjang FYE berlangsung. Tapi sebelum tuh nak mintak maaf laa sebab kualiti gambar kureng sikit..Fotografi yang professional sampai pon masa last day program. Nak tak nak terpaksa lah ambil gambar pakai hp dulu. heheheh


sampai-sampai dapat breakfast dulu


dewan makan..
makanan sangat best dan sedap..memang tak menyesal datang sini sebab makanan best..hahahah..lepas makan kena cuci pinggan sendiri, lap lap sampai bersih lepas tuh atur atas meja kemas-kemas..ohhh yeaaa..kedudukan di meja makan adalah tetap mengikut kumpulan..



sesi pendaftaran..
time nih semua peserta dapat cadar, selimut dan sarung bantal..then semua boleh gerak masuk dorm..
1st time aku tido dalam dorm ramai ramai dengan fasilitator perempuan..ehhh tak la ramai sangat sebab fasi perempuan 7 orang je..yang lain-lain semua fasi laki..huhuhu
tempat tido selesa..toilet pon selesa..


antara fasi lelaki


macam lah tak tau kalau pi Kem Bina Negara mesti ada kena nyanyi lagu patriotik kannnn..





sesi LDK yang dijalankan sepanjang FYE


adik adik junior walaupun sebenarnya ramai yang sebaya dengan aku..hahaha



sesi ceramah yang......................
bosan!! =.=




para penceramah bersama pengarah program



petang petang sikit diorang nih ada main explorace. aku sebagai wakil PMP tak kena jaga checkpoint..so apa lagi..membuta lah dalam dorm..hahaha..dah nak habis explorace baru keluar dorm pergi pantau setiap checkpoint konon-konon macam big bos..cetttttt







malam kebudayaan..
tema: kawen-kawen..erkk??


kami: barisan fasilitator + 1st year students + pegawai Kem Bina Negara

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang lain. Contohnya, jungle tracking, senaman pagi, explorace anjuran KBN (fasi pon jadi peserta), kuliah subuh dan lain-lain. tapi malangnya gambar pada kamera orang lain..gambar-gambar nih pon ambil dari fb pengarah program. time FYE aku tak bawak kamera sendiri. so sebab tuh muka aku tak ada sangat pon kat gambar di atas. banyak gambar aku dekat kamera akak-akak fasi perempuan. nak jumpa pon payah sebab lain course..jadi tak ada sangat kenangan bergambar time FYE..tapi kenangan dalam hati tetap terpahat di sanubari..wekkksssss

kenapa tak snap je gambar pakai hp? cakap camera hp 8.1 mp..
nak jimat bateri laaaa hoiiiii..satgi nak mesej pastu nak bergayut dengan pakwe mengadu banyak nyamuk la banyak letih la banyak susah laa tak boleh plak..ok muntah lagi sekali...weekkkkssss!!!

dalam kamera aku hanya sempat rakam aktiviti persembahan dari budak budak nih je..lepas tuh terus risau takot betri hp kong..eerrrrrrrrrrr....


persembahan pelajar yang datang dari negeri Kelantan

persembahan dari negeri lain malas nak upload sebab lama sangat nak tunggu video dapat upload..menguji kesabaran betol..haishhhhhh..
ok untuk next entry kita selang seli dengan program bukan PMP plak..kang asyik program PMP aku yang jemu nak update..orang yang baca pon mesti jemu..huhuhuhu


itu saja untuk FYE..bye~




♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, January 18, 2012

I'M BACK

fuhhhhh....fuhhhhhhh....fuhhhhhh~~

berhabuk berdaki berdebu sangat blog aku nih
last update 23 Jun 2011
so dalam 7 bulan aku tak update blog padahal hari-hari blogwalking..hihihihi
mentang-mentang lah cuti semester dah start boleh la nak update pasal semua aktiviti yang dah involve sem lepas..kalau yang perasan aku dah renovate dalam 90% design blog nih..
header pon yang baru tapi jangan keliru yeee..ini bukan blog pembelajaran acid and base dalam subjek chemistry..tapi ini adalah blog bakal guru kimia yang yang merasakan tajuk acid and base sangat berguna untuk masyarakat..hahahaha..poyo!!

dengan ini saya berjanji akan mengupdate blog ini demi kepuasan sendiri..kronologi post-post selepas ini adalah mengikut aktiviti pada awal semester lepas sehinggalah saat tibanya aku merdeka dari final exam..huhuhu..

stay tune~~






♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, June 23, 2011

masih


masih terlalu baru
masih terlalu awal
masih terlalu muda 






p/s: doakan 'kami' berkekalan sampai bila bila..





♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Monday, June 20, 2011

KEM PEMANTAPAN PMP 2011

Tarikh: 14 - 15 Mei 2011

Tempat: Hutan Bandar Kulai

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Pendidikan

_________________________________________________________________

ok fine..tau cerita dah lapuk baru nak update..but do i care? hahaha..disebabkan kem nih la aku terpaksa balik lewat dari orang lain lepas habis final baru baru nih..eh tapi tak la baru sangat..dah lebih dari sebulan..uniknya kem kali nih adik aku pun join sekali padahal dia bukan students UTM pun..hihihi..ouh sebenarnya Cimon datang kat tempat aku time dia dah baru je habis final exam matrik..masa tuh aku pun ada gap 10 hari untuk next paper..so Cimon datang lepak dengan aku sampai pergi kem pun dia join sekali and then balik Kedah dari UTM pun kami balik sama sama..

dah la malas nak type..tengok je la gambar sepanjang 2 hari 1 malam kem hari tuh..


masa nak bertolak


dah sampai Hutan Bandar Kulai


amboi Cimon..tak kan laa dah rindu mak =.=


memandangkan tugas aku mengambil gambar sepanjang kem so kerja kerja pasang khemah terpaksa lah diambil alih oleh rakan rakan sekhemah yang lain..(padahal seronok tak terhingga..miahaha)


cepat la pasang khemah..nyamuk banyak (@_@)


peserta yang lain


Cimon kelihatan excited berada di dalam khemah yang dipasang sendiri


Ice Breaking session..tak sah kalau tak ada presentation pasal nama kumpulan, moto, logo dan bla bla bla..dah terlalu biasa =.=

kumpulan SUPER EGO nih..


kumpulan SOLEY SOLEY


kumpulan TAK KESAH..
kumpulan aku la nih..hikhikhik


kumpulan Thunder


dah tengah hari sikit ada talk dari orang HEMA pasal aspirasi universiti kot..sekali aku kena tanya kenapa datang kem hari nih terus tergagap apa nak jawab..dah la time tuh tak ready sebab baru masuk dewan lepas angkat towel kat ampaian..time tuh macam nak hujan..tak sempat lagi nak duduk terus bagi mic kat aku suruh bercakap..haishhhh


bila petang biasa lah ada sikit main main..salah satunya main baling belon air nih la


time nak pergi beriadah



warming up sikit


bawak bola pingpong guna sudu..dah macam budak tadika daa~


nasib baik aku tak main game nih..hahaha


pagi esoknya ada explorace..setiap group kena ada bendera masing masing


cari klu yang tersembunyi


kumpulan yang menang explorace


aktiviti nih tak ada dalam perancangan..masa break lama sangat so kami yang free nih masuk la dalam hutan kat belakang tapak perkhemahan main benda alah nih..


panjat panjat


yang nih senang sangat


yang nih agak bahaya..dah la tinggi pulak tuh..ada sorang budak nih try naik then bila nak turun macam tersalah teknik..last last entah macam mana tudung macam tersangkut kat tali then abis terkeluar tudung bila sampai je kat bawah..adoyyyy!


ikan dalam tasik

ok jumpa lagi di entry seterusnya..<--------- dah tak tau nak buat ayat penutup macam mana..hikksss~







♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, June 16, 2011

Nyawa pendidik masa kini semakin terancam

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin. Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu. Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin. Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.


_________________________________________________________________


Diharap selepas ini pihak yang berkenaan membekalkan senapang atau pistol sorang satu kepada semua guru untuk tujuan mempertahankan diri..ilmu fizik kimia biologi matematik bi bm agama sejarah geografi yang ada pada guru tidak mampu diaplikasikan semasa berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata di sekolah..

ok mak jangan risau..kakak tetap nak jadi cikgu tak kiralah terpaksa pasang bodyguard sendiri kat luar kelas..almaklumlahhh kalau ada masalah rumah tangga nanti kat mana lagi kalau nak lepaskan kalau tak kat pelajar sendiri..yee dak??

setakat ketuk kepala sapa yang tak boleh jawab soalan 'taste for acid' yang dah berpuluh puluh kali dok ulang sampai bawak buah limau sorang sebijik time dalam kelas nak bagi rasa asid tuh macam mana memang akan jadi kenyataan..

ok gurau je..kang mana nak tau kalau orang KPM baca blog aku terus diorang blacklist nama aku time nak posting nanti..tak pasal pasal cita cita dari kecik nak jadi cikgu hanya tinggal kenangan..hehehehe

eh betol nih..time mula mula LM dulu aku tak pandai nak marah apatah denda students especially kalau diorang masuk lab lambat sampai aku kena marah dengan guru pembimbing sendiri sebab tak marah students =.="

ini adalah kerana (ok skema), dulu aku time sekolah pun macam diorang jugak..liat nak masuk lab..tambah tambah kalau lepas abes rehat je kena pergi lab terus..time nih kelajuan berjalan ke lab yang hanya bersebelahan dengan kelas adalah 100m/20minit berbeza dengan kelajuan nak pergi kantin yang hanya mengambil masa selama 100m/5minit..tuh pun tak puas hati sebab tak boleh lalu jalan short cut nak pergi kantin..

so kesimpulannya kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi..sebelum nak marah or denda students baik muhasabah diri kejap adakah kita dulu macam diorang sekarang..hahahaha

ini adalah pendapat peribadi..lain orang lain pendapat..korang yang baca nih bukan macam aku kan..korang selalu bergerak ke lab on time kan..bunyi loceng je terus beratur dua dua pergi lab..bukan macam aku dulu..bersepah pergi lab sendiri sendiri..tuh tak kira lagi yang nak singgah toilet dulu la singgah pergi jumpa pakwe  adik angkat dulu la singgah pergi isi air dekat water cooler la..kalau lah time aku sekolah dulu Facebook dah popular aku rasa silap silap ada yang singgah makmal komputer pergi update status "eeeee...malasnya nak masuk lab kimia kejap lagi..dah la cikgu tuh ajar tak paham langsung..tapi nasib baik handsome..boleh la nak cuci cuci mata..heeeeee ^^"

kalau students yang akan datang masuk lab time kelas aku nanti memang nak kena lempang laju laju kalau lewat sebab singgah makmal komputer nak update status kat Facebook atau Twitter..sebabnya aku tak pernah lewat disebabkan teknologi kecuali sebab sebab lain yang telah dinyatakan di atas..hehehehe





♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^