Monday, February 7, 2011

PENAT TIRED LETIH

malam tido lewat

siang bangun awal pagi

pergi kelas asyik menguap

habis kelas terkejar sana sini selesaikan urusan duniawi

petang balik bilik sempat rehat 2 3 jam

malam sebok dengan meeting

balik lewat malam baru nak sentuh assignments, tutorials dengan study sikit sikit

bilik macam tongkang pecah

baju kotor dah seminggu lebih tak basuh basuh

semakin lama semakin kurang masa untuk bermanja dengan teddy bear

penat kali nih mengalahkan penat time pergi mengajar dulu

tak suka tak suka tak suka

nak cuti lagi !

cepat lah habis sem nih...

T_______T




p/s: penat macam mana pun member member ajak pergi karaoke layan jek..eh eh karaoke salah satu terapi pe untuk hilangkan penat..menjerit sekuat hati untuk lepaskan semua tekanan okeh..^______^







♥ ejan




Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, February 5, 2011

quick update!


i'm gonna mish u cimon..


glad to have them..♥


proud to be myself

10 pm: off to Skudai..
take care everyone~








♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

tiba tiba kena tag

tanpa membuang masa mai nak jawab soalan yang aina dah tag aku semalam..excited nih..hohoho

REAL NAME:
Nurul Izzanie Adnan
*double z dan memang ada e selepas i..bukan saja saja tambah..=p

NICK NAME:
Ejan

ZODIAC SIGN:
Sagittarius

MALE OR FEMALE
both..eh tak..mestilah female..=))

ELEMENTARY SCHOOL:
SK Sultanah Asma, Alor Setar

HIGH SCHOOL:
SMK Sultanah Asma, Alor Setar
*bukan sekolah agama perempuan yeee..nih sekolah harian biasa aje..=P

COLLEGE:
Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
and now Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai

HAIR COLOUR:
black

TALL OR SHORT:
sedang sedang..hohoho

BEKAS KEKASIH SAYA ADALAH:
awak!

SAYA SEDANG MENDENGAR:
bunyi cimon dok terjerit jerit kat bawah..=.="

MUNGKIN SAYA PATUT:
packing barang nak balik JB malam nanti..hehhhhh..malasnyeeee

SAYA SUKA:
orang yang suka saya

SAHABAT SAHABAT BAIK SAYA:
termasuk kamu kamu kamu

SAYA TAK FAHAM:
kenapa saya suka dia..hurmmmmm

SAYA KEHILANGAN:
RM1000 dalam masa tak sampai 1 bulan akibat keborosan melampau..kalau mak tau mesti kena membebel..wuwuwuwuwuwu~

RAMAI YANG BERKATA:
muka saya macam junior sama course..style pun sama..suka pakai shawl time pergi kelas..tak percaya pergi tanya membe membe lain..hohoho

MAKNA NAMA SAYA:
sat nak tanya mak..=.=

CINTA ITU ADALAH:
komitmen

DI SUATU TEMPAT, SESEORANG SEDANG:
soalan apa nih..macam sambung karangan SPM jek..hahahaha

SAYA AKAN CUBA:
singkirkan perasaan yang merepek ini

AYAT 'SELAMANYA' MEMBAWA MAKSUD:
forever~

HANDPHONE SAYA:
kesayangan saya..

BILA SAYA TERJAGA DARI TIDUR:
rasa nak tidur balik..=p

SAYA PALING MELUAT APABILA:
dipaksa!

PESTA/PARTI ADALAH:
duniawi semata mata..huhuhu

HAIWAN YANG PALING COMEL YANG PERNAH DITEMUI ADALAH:
HELLO KITTY..omgggggg!!! comelnyeeeee

PERINGKAT UMUR YANG PALING MENYERONOKKAN BAGI SAYA IALAH:
remaja lah

HARI INI:
pergi kenduri dekat rumah jiran..then balik rumah pastu pergi satu lagi kenduri dekat Bandar Darulamam..dan sekarang PMS menyerang tanpa memberi salam..argghhhh! akibatnya kena stay kat umah tanpa mengikut family pergi satu lagi kenduri kat mana entah..

MALAM INI SAYA AKAN:
bertolak ke JB dan meninggalkan rumahku syurgaku..tsk tsk tsk

ESOK PULA SAYA AKAN:
siapkan assignments dan pergi meeting kot..

SAYA BETUL BETUL INGIN:
kawen singkirkan kegelisahan ini..hurmmmm 

KETIKA ANDA LIHAT WAJAH ANDA DI HADAPAN CERMIN PAGI INI:
ok..bagus lah..aku masih sihat..takde penuaan lagi..hahahahaha

PUSAT MEMBELI BELAH ATAU ARKED PERMAINAN:
of cossss lahhhhh pusat membeli belah..yeeeehaaaa~

MAKANAN BARAT ATAU JEPUN:
Western..hekhekhek

BILIK YANG TERANG ATAU GELAP:
gelap laaa..baru romantik sikit..hahaha

MAKANAN SEGERA ADALAH:
my favourite!

AYAT TERAKHIR YANG ANDA KATAKAN PADA SESEORANG:
mak: kakak..dok buat apa dalam bilik..nak pergi kenduri dak?
 aku: dok golek golek atas katil..sakit perut..tak mau pi..

SIAPA YANG MAHU ANDA TAG:
pasangan lesbian (bak kata ehem ehem)
dah lama tak update..tak ada idea katanyeee..so nah buat tag nih comel comel..


eh eh apa kes eye bag dah sama labuh dengan pipi???????? mencikkkkkk!!!!!!!!!!!
sila ignore lelaki seksi di belakang tuh ye ye ye...








♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

time cuti je baru boleh jumpa..T____T

masa awal awal cuti sebelum nih aku pernah rasa bosan sangat kat rumah..yelaaa mak ayah abang pergi kerja..so yang tinggal aku sorang aje kat umah..adik belom balik lagi dari matrik..bila dah bosan mula lah rasa menyesal balik cuti kat umah..mulalah keluar status kat FB tak sabar nak balik UTM..mulalah ramai orang 'like' status tuh..=.="

tapi bila adik dah balik cuti raya cina rabu lepas mulalah rasa nikmat bercuti kat umah..baru lah ada geng nak bergosip. bergedik dan bla bla..dan sekarang baru rasa malas sangat nak packing barang balik UTM malam kejap lagi..haishhhhh..

bila masing masing umur dah meningkat baru aku perasan yang kami adik beradik especially aku dengan adik aku dah jarang berjumpa..abang memang sentiasa ada je kat umah sebab dah kerja dekat area sini kan..matrik dengan IPTA cuti tak sama..dulu time matrik semester break aku baru start sem baru..kali nih aku semester break budak matrik cuti untuk raya cina je..

lepas abis sem nih aku mesti muak tengok muka cimon hari hari sebab semester break sampai 4 bulan kot..T___________T


my luvly sister ♥

orang cina sebok beraya orang melayu pulak sebok nak kawen..so ini lah hasilnya bila kami adik beradik yang ketagih dengan kamera pergi ke rumah orang kawen..heeee~


lambat lagi nak sampai so kita buat aksi gila dulu depan kamera..hohoho


annoying gila ah..muka nak mintak penampar nih..kehkehkeh


motif : dah terlampau bosan dengan kamera sehingga keluar mimik muka yang tak sepatutnya..hahaha


mak malu nak buat peace (-,-)v macam aku..=.="


ok ok tak buat dah..kita senyummmmm jeeee..:D


gambaq syoq sendiri 1


gambaq syoq sendiri 2

TAK SUKA PMS!!!
TAK SELESA!!!
dah laa nak menginap semalaman atas bas..arggghhhhh!!
*merujuk kepada keadaan penulis ketika ini..





♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, February 2, 2011

TRANSFORMASI DI BLOG SENDIRI PULAK


tadaaa~
selepas berhempas pulas sehari semalam
maka terhasil lah header blog sendiri
sebelum ini sibuk dengan header blog PMP je kan
alang alang dah ada header baru
segala layout dan background pun ditransform sekali

layout yang baru ini lebih bersih dan suci dengan warna putih berlatar belakangkan awan biru kalau nak dibandingkan dengan yang lepas bertemakan hitam serta pink
rasa tenang aje bila pandang blog sendiri
hekhekhekhek

lepas nih tunggu setahun lagi kot baru nak renovate blog
bukannya apa
leceh kot nak adjust sana sini
tambah tambah nak buat header yang cun cun macam blog orang lain
so diharap blogger pun senang hati nak blog walking di blog aku yang hanya picisan ini
huhuhuhu

thats all~
bubye!





♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Monday, January 31, 2011

TRANSFORMASI PERTAMA DI BLOG PMP


sudah kelihatan header di blog PMP..simple sahaja daripada tiada..diharap rakan rakan di Majlis Tertinggi dan Majlis Exco berpuas hati dengan header yang tidak seberapa ini..segala komen akan diterima dengan hati yang terbuka..

misi seterusnya menyiapkan 2 draft poster untuk carta organisa PMP yang baru..oh idea! sila beri kerjasama..








p/s: blog sendiri pun belum ada header lagi..takpe takpe bagi chance dekat yang wajib dulu..hekhekhek







♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, January 29, 2011

suatu petang di HUTAN BANDAR Skudai

kisah terjadi 2 minggu yang lepas..walaupun agak lapuk ini kisah tapi aku tak peduli..aku nak update gak! malas nak cakap banyak jom layan suma pics kat bawah sampai mual okeh~


macam warming up lah kononnyaa sebab motif sebenar datang sini nak jogging plus beriadah..padahal aku rasa menggedik depan kamera je yang banyak..hahahaha


suma nih bakal cikgu kimia kecuali Najua..Najua bakal cikgu matematik..InsyaAllah..=)


tipu nih..kat luar tak putih melepak cam gini..hahahahaha


serius cantik tempat nih~


dalam tasik nih banyak sangat kura kura ke labi labi entah..buktinya meh nak tunjuk sekor..


tadaaa~ salah sekor hidupan dalam tasik ini disebalik beribu ribu spesies lagi yang belom diterokai oleh camerawoman..hikhikhik


nasib baik dapat membe membe yang bukan camera shy..heuheuheu 


kali nih bersenam betol betol..sumpah tak tipu!! hekhekhek


konon konon nak buat L - O -V - E ...=)


jom ke sesi ice breaking bersama teman teman..yang nih nama dia FAREHA..status belom menjadi isteri orang..dengar kata akan mengikuti kursus kawen cuti seminggu nih..arghhhh..dah advance dari aku..tak boleh jadi nih..hehhhhh..btw, fareha comel bila pakai spek mata aku..hikhikhik


yang nih pulak IZZATI aka EZAT..nama kami nak dekat sama kan?? yelaaa aku kan izzanie aka ejan..hehehe..ezat nih dulu ex rumate aku masa 1st and 2nd year..time praktikal dulu dia jadi housemate aku kat Muar..sekarang dah dok bilik single tapi bilik dia depan bilik aku jee..dekat sangat..ini menunjukkan jodoh kami kuat..hohohoho..status ezat sudah berpunya..si bf membe coursemate ktorang gak..sweet sangat diorang nih..=)


yeahhhh..last but not least my bestie..membe ketawa guling guling..membe menangis sedu sedan..membe melalak tak hingat dunia..hahaha..ini nick name dia NS..panggil NS jee..budak pendidikan math..semua rahsia aku rahsia dia jugak dan semua rahsia dia akan jadi rahsia aku..NS dah berpunya okeh..jangan dok gatal nak mengorat..btw, aku sedih gila kot time nak naik bas balik kedah semalam..aku balik awal dari dia nih..so macam sedih laa nak tinggal dia sorang sorang kononnyee..bila dah naik bas tup tup aku dapat mesej dari NS bagi tau yang dia dah nangis lepas hantar aku..tapi aku tau..ada sebab lain yang buat dia jadi macam tuh..hurmmmm..
kepada kekasih hati..sila tabah okeh!


yang nih semua orang dah kenal kot..cett bajet femes ah tuh..booooo~ nama saya seperti tertera di blog ini..status saya ____________...(sila isikan tempat kosong) hohoho
aku tak suka gila pakai spek kat dalam bila pakai tudung instant macam nih..nanti muka aku jadi bulat dengan serta merta..T_______T

aku rasa untuk entry kali nih ada laa dalam 5 jam aku nak update..nak upload 1 pic pon gila nak dekat 20 minit..tuh tak termasuk lagi tiba tiba internet jadi hang..sabar sabar..tak lama dah aku nat terminate broadband nih..nanti dekat kolej aku pakai kabel yang lagi laju dari kau..>_______<

ok readers..sekarang 2.45 am..masa untuk beradu..doakan lahh aku tak bangun pukul 12 tengah hari esok..aku nak berubah..tak janji!! hahahahaha

thanks for reading this entry..
bubye~









♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

Friday, January 28, 2011

ponteng kelas, bz, bz, bz dan terus bz

salam readers~

cuti datang lagi..cuti kali nih aku balik rumah mak mertua sendiri ler..gara gara tiket bas beli last minit maka banyak lah bas yang sudah penuh..akibatnya aku terpaksa pulang awal sehari dari orang lain dan sengaja terpaksa ponteng kelas kimia analisis II dan juga kimia organik biomolekul untuk hari jumaat..hekhekhek


ssshhhhh..jangan bagi tau pensyarah yang aku ponteng tau..ada suara suara jeles dan tak puas hati cakap aku nih mengalahkan budak budak cina yang nak balik beraya..bukan main awal lagi balik..hohoho..tapi macam mana pun aku nih jujur tau tak..bila dah niat nak ponteng memang aku tak akan suruh member signkan attendance aku..kejap lagi ada lah yang cakap aku puji diri sendiri pulak..wekkk


lately aku memang bz..bz dengan aktiviti service learning untuk subjek sosiologi..sebagai timbalan s/u aku pun kena turun padang untuk jayakan projek nih..rabu lepas pergi JPN untuk dapat kelulusan nak buat program kat sekolah..tadi pagi (jumaat), president, s/u dan beberapa orang lagi dah pergi sekolah untuk ala ala jual projek kami..nasib baik aku balik..kalau tak aku pun kena ikut sekali pergi sekolah yang dah kami pilih..hikhikhik

kali nih pulak bz dengan Persatuan Mahasiswa Pendidikan (PMP)..alaaa..setiap fakulti kan ada persatuan sendiri..so PMP nih persatuan untuk fakulti pendidikan lah..untuk semester nih aku pegang portfolio sebagai ketua exco penerbitan dan multimedia..segala jenis flyers, poster, banner, montaj, audio, video, grafik and so on bawah jagaan aku..yang paling best aku akan jadi admin untuk blog PMP..yeayyy!! aku suka..aku akan buat transformasi kat blog tuh secara besar besaran..yeeehaaaa~

sekarang nih aku berdoa sangat pihak kolej tak ada buat apa apa aktiviti yang melibatkan AJK blok..sebabnya dekat blok L12 wing D pun aku ada jawatan..hehhhhh..

aku blom sebut lagi bz sebab assignments, projects, tests and quizes..waaaaaaaaaaaaaa.....aku rindu nak pergi mengajar kat sekolah..tak perlu nak pikir hal yang buatkan aku bz bz bz sampai meeting semalam habis pukul 6.30 petang..then balik bilik solat semua..lepas tuh baru packing barang nak balik..akibat packing last minit maka aku tertinggal berus gigi, pencuci muka dan stokin..argghhh..sebelum nih sminggu sebelum balik aku dah packing barang semua..

entah silap kat mana zip beg buat hal pulak..tak boleh nak keluarkan selimut yang nak guna atas bas nanti..dah laaa stokin lupa nak bawak..sweater lagi laa tak ingat langsung..memang sejuk gila kot..last last aku free hair je atas bas..tanggalkan shawl then terus guna untuk selimut aku..tapi tuh pun still sejuk..=.="


bz macam mana pun hati mau kena happy..jangan tension..nanti cepat tua bak kata orang tua..huhuhu..macam  aku nih..bz tahap dewa pun aku still boleh curi masa bergedik depan camera..ini adalah salah satu terapi untuk aku kurangkan tension..hahahaha..yeke? tak percaya jom face to face..bye!








♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Friday, January 21, 2011

bukan mahu tumpang populariti Aizul Marcello...






yeahhhh~ tadi dekat Jusco Taman U terserempak dengan blogger yang femes nih..sebelum nih pernah sekali terserempak dekat kafe SUB..yelaaa kami kan students UTM tapi berlainan fakulti dan course..Aizul Marcello macam senior aku lah kat UTM..

btw, bukan nak tumpang popular si AM nih..tapi kami memang popular pon..hidup UTM bloggers!!!






p/s: thanx kepada si tukang mengambil gambar..hehehehehehe..:p





♥ ejan







Thanks for reading this entry ^___^

my 1st quiz for this semester~


ini bukan lakonan semata mata..ini adalah realiti..ini juga bukan fantasi..study last minit sebelum pergi kelas pagi tadi..tapi bukan bermakna aku tak study malam tadi..aku stay up sorang sorang sampai lewat pagi demi quiz yang hanya 5%..arghhh..peduli apa..5% pon banyak kot..hohohoho..

4 sem yang lepas tak termasuk sem yang pergi LM selalu stay up dengan rumate..tapi kali nih terpaksa stay up sesorang sebab dah dok bilik single..ex rumate dok depan bilik aku je pon..lain memang lain..sebab sebelum nih ada membe 1 bilik stay up sama sama..takot?? agak laaaaa..tapi bila dah fokus benda karut marut memang dah tak sempat nak pikir pon..huhuhu

btw, tadi quiz organic chemistry biomolecule..alhamdullilah..berkat study cincai cincai boleh laa jawab semua..hehehehe..next week pulak ada quiz instrumental of analytical chemistry..1 chapter kot..dah laaa banyak..5% je pon..tapi macam aku cakap tadi 5% sangat banyak bagi aku..hahahaha..


muka bajet cun sebelum pegi kelas..tak sedar dah lewat tapi sempat lagi snap pics..=.="


untuk mengelakkan rasa jeles sebab tak ada pakwe nak mesej sebelum pergi kelas baik aku buat benda yang berfaedah dengan mengambil gambar syok sendiri..hohohoho..dah dah dah..jom pergi kelas..kelas kat tingkat 4 kot..nasib baik ada hencik lift..^_______________^











♥ ejan 

Thanks for reading this entry ^___^