Monday, July 12, 2010

gudbye ALOQ STAQ

semua dah ready..
semua dah packing..
tak cukup tangan nak bawak semua barang..
so terpaksa mintak bantuan kaki..
boley macam tue??

sedih nak tinggalkan rumah..
sedih nak tinggalkan bilik..
sedih nak tinggalkan mak..
sedih nak tinggalkan ALOR SETAR tercinta..

tapi nak buat macam mana..
orang kat sana lebih memerlukan aku..
kalau aku tak balik sapa nak praktikal kat SMK Convent Muar nanti..
huhuhu..think +ve..

tak sabar nak jumpa kawan kawan..
tak sabar nak jumpa bakal housemate..
tak sabar nak jumpa coursemate..
yang lagi penting tak sabar nak jumpa bestie..

sem baru nie banyak perubahan yang akan aku tempuhi..
menginap di rumah sewa..
mengajar students..
tinggal di tempat yang aku tak pernah pergi..

i'm gonna mish u ALOR SETAR....
MUAR...here i come bebeh...





p/s: doakan aku selamat pergi dan balik serta selamat segala galanya..








♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, July 10, 2010

terima kasih atas segalanya

kenapa boleh jadi tiba tiba tanpa angin dan ribut aku boleh demam sehari semalam? panas pulak tue..haishhh..adakah penangan 'homesick'?? nak mai sakit rumah kot mana kalau aku memang dok kat rumah lagi..tinggal lagi 2 malam sebelum aku meneruskan sem 5..yang buat aku terharu sangat bila mak aku datang nak teman tido sama sama nak jaga aku kononnyee..kan aku demam..hukhukhuk..2 3 kali jugak ler beliau berulang alik ke toilet semata mata nak basahkan towel then letak atas dahi aku..haishhh..bila balik rumah je boleh dapat layanan macam nie..dulu kat matrik memang aku selalu demam macam nie..tak pernah dok hostel kot..so semuanye kena urus sendiri..bila dapat panggilan dari mak je mulalahh sobss sobss sobss..bila dah besar sikit dapat masuk U dah jarang demam bagai nih..yang aku ingat last aku demam teruk sikit time sebelum nak pergi Singapore dulu..selepas tue aku da sehat walafiat sampai lahh semalam..tsk tsk tsk..
cukup cerita pasal demam..sekarang nak cerita pasal persiapan aku nak balik Johor..haishhhh..persiapan ape ke benda..habuk pun tak ada..semua dok cerca merba lagi..beg nak bawak balik sana still tak berisi..yang aku taw suruh mak masak sedap sedap nak bagi aku makan..hari nie laksa..semalam ikan siakap bakar + satay..kelmarin dadih buatan sendiri..esok macam nak request ayam percik pulak..mentang mentang lahh mak aku cuti ahad isnin so aku boleh arah itu arah ini ye..terima kasih eh mak sebab sanggup ambil cuti semata mata nak habiskan masa dengan kakak..terharu sih..padahal kat depan mak aku malu nak cakap macam nie..hahaha..tak pe..nanti ingat nak kasi url blog nie kat mak aku time aku dok praktikal nanti..so boleh lahh dia ikuti perkembangan aku yang jauh di mata tapi dekat di hati...aiseehhh..
ada satu benda yang aku bersemangat giler nak balik Johor..sebab? jeng jeng jeng..duit PTPTN da masuk kot..huhuhu..awal siot..tak pernah seawal nie..tapi bagus jugak..tak ada la aku nak mengharap ihsan PAMA buat sementara waktu..banyak lagi barang yang nak kena beli..mau beratus jugak rasanye..
sebelum balik aku nak jugak makan KFC..entah laa..tiba tiba aje..tadi malam memang dah nak pergi beli tapi abang balik lewat sangat dari gym..aku pun dah mengantuk..tapi esok mesti jadi..mulai pagi nanti dah kena belajar bangun awal pagi..lepas subuh dah tak boleh tido balik..kalau tak sebelum sebelum nie kalau tak pukul 11 atau 12 memang aku tak celik lagi..hahaha..yelaa..tido pun dah nak dekat subuh..so kena kembali menjadi manusia normal..kang aku kena repeat LM sapa nak jawab haa?
ehh ehh ehh..kenapa mak masuk tido bilik sebelah? kenapa tak masuk tido bilik aku? mentang mentang la aku dah cergas boleh melompat lompat tak macam semalam lembek lesu so mak pun dah kedekut kasih sayang ye ye ye..tak pe lahh..tak kesah pon..=.=












♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, July 8, 2010

weekend terakhir di rumah sebelum berangkat ke JB

hai assalamualaikum semua..
tup tap tup tap tinggal lagi 4 hari lagi sebelum aku keluar dari rumahku syurgaku ini secara terhormat..rasa macam baru minggu lepas aku balik dari Skudai..rupa rupanye dah 11 minggu kot aku dok goyang kaki je kat rumah..haishhh..dulu beria bosan dok rumah dan tak sabar nak balik JB tapi sekarang rasa macam tak mau balik pun ada..
so perlulah gunakan masa weekend ini dengan sebaik baiknya..tiba tiba seru nak pergi pasar dengan mak datang..buang tebiat eh aku bangun awal awal pagi semata mata nak pergi beli ikan segala..dah bertahun aku tak pernah pergi pasar besar kecuali pasar dekat taman perumahan aku je..=.=
hhmm..terasa sangat berat hati nak tinggal cerita sinetron yang selalu dok ikut hari hari..tapi bila pikir lagi beratus ratus episod baru nak habis baik aku tengok yang last episod terus..lepas tue dah mula tawar hati nak ikut hari hari sebab dah tau ending macam mana..punya gigih aku..
ohh yaa..setakat nie semua barang yang nak bawak balik pergi praktikal dah ready..cuma tunggu nak kemas je..tapi benda yang susah nak bawak naik bas beli kat sana aje kot..sebut pasal bas nie aku risau betul la kalau bas yang aku naik nie tak stop kat Sri Putri..dah 2 3 kali kena..mencik! da la aku sorang sorang..balik lambat dari orang lain pulak tue..mintak mintak lah ada juga budak UTM satu bas dengan aku nanti..
ishh..tak sabar plak nak pergi mengajar tapi bab SALT aku sampai sekarang susah betol nak ingat..baca yang baru yang lama dah lupa abis..nak kata selalu makan semut masak kicap tak pernah la pulak..dari sekolah lagi benci betol topik SALT nih..kalau ada topik SUGAR baru aku master kot..hekhekhek..ok merepek!
tsk tsk tsk..mak dah bising..suruh tido awal katanye..esok kan nak teman pergi pasar..macam tak kena je aku pergi pasar awal awal pagi..apa boleh buat..tak sampai hati nak tolak pelawaan..selamat malam..jumpa lagi..babai~













♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, July 6, 2010

KEHILANGAN yang diredhai

di saat malaikat maut menghampiri arwah, aku sempat berada disisi..tapi lidah ku kelu..badan ku kaku..yang bekerja kuat pada masa itu hanyalah air mata..aku terduduk di atas sofa sementara saudara ku yang lain sibuk mengajar arwah mengucap sambil getar suara sebak dan serak jelas kedengaran di telingaku..aku tak berdaya untuk mengiringi arwah pergi untuk mengadap Ilahi kerana aku bukan sekuat batu..tepat jam 8.15 pagi 3 Julai 2010 arwah telah pergi menemui Sang Pencipta setelah setahun menderita penyakit lumpuh..aku sangat bersyukur kerana semasa arwah pergi aku masih dalam cuti semester..mungkin sudah tertulis rezeki ku untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir..mungkin jika waktu itu aku berada di Johor harapan ku untuk pulang ke Kedah pasti amat tipis..terasa sangat pantas masa berlalu..sekarang dah masuk 4 hari arwah meninggalkan kami semua..kami semua redha atas pemergian arwah..semoga Allah ampunkan dosa dosa arwah selama hayatnya masih hidup..hanya doa dan ayat ayat Al Quran sahaja yang mampu kami sedekahkan kepada arwah..semoga roh arwah dicucuri rahmat..AL FATIHAH~





~ arwah yang dimaksudkan adalah nenda tercinta yang telah mengadap Ilahi ketika berusia 77 tahun










♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, July 1, 2010

WELCOME JULY

banyak agenda di bulan JULAI yang terpaksa dipenuhi..antaranya~
  1. 12 JULAI: pukul 10 malam berangkat ke Skudai dari Alor Star
  2. 14 JULAI: pukul 8 pagi ada sesi taklimat latihan mengajar di N24 DK8
  3. 15 JULAI: tengah hari ada sesi pemindahan barang dari H25 ke Muar dan akan menetap di Muar sehingga 22 Oktober
  4. 19 JULAI: mula ke SMK Convent sebagai guru pelatih tetapi minggu pertama terpaksa menyelesaikan hal yang berkaitan dengan ROS terlebih dahulu
  5. 26 JULAI: mula memasuki kelas yang telah ditetapkan untuk mengajar Kimia dan Sains insyaAllah

tugas berat sedang menantiku..to all my frens wish me luck okeh...^________^








♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, June 30, 2010

GOODBYE JUNE

terima kasih JUN kerana anda telah mewarnai hari hari saya dengan warna warni sekali
terima kasih JUN kerana anda lah saya akan menerima JULAI kira kira lagi 2 jam 25 minit
terima kasih JUN kerana anda telah memberi saya peluang untuk bernafas dengan berpaksikan nombor 6 di setiap tarikh yang saya lalui selama 30 hari
terima kasih JUN kerana tidak sampai lagi 2 minggu saya akan menghabiskan sisa sisa cuti di rumah
terima kasih JUN kerana anda telah mengingatkan saya tentang tanggungjawab sebagai pendidik di SMK Convent, Muar yang semakin hampir

semoga ketemu lagi generasi JUN di JUN 2011











♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Sunday, June 27, 2010

kenapa aku buat BLOG?

bukan kerana terpaksa
bukan kerana dipaksa
dan juga bukan kerana ingin mengejar glamour semata mata
tapi hanya mahu meluahkan isi hati
mengabdikan cita cita dan impian ke alam realiti
aku senang begini
bercerita pahit manis kehidupan melalui coretan di diari ilusi
dengan harapan segala luahan rasa dapat dikongsi
aku tidak mengharapkan orang lain membaca apa yang aku luahkan di sini
apa tah lagi meninggalkan komen berguni guni
termasuk juga yang sudi menjadi follower blog ini
tetapi aku amat berbangga jika kawan kawan aku di luar sana berkata bergini:
"waaaa...cik izzanie kita dah pandai buat kerabu...."
kerana apa?
kerana aku tak pernah war warkan di tempat lain yang aku ada buat kerabu sendiri kecuali di blog suatu ketika dahulu
jadi
aku sangat berbangga kerana ada juga manusia yang sudi ambil tahu hal perilaku aku walaupun benda sekecil kuman
terima kasih encik blog
kerana engkaulah diri begitu berharga~







p/s: apa yang aku merepek malam malam buta nih..haishhhhhhh..........









♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, June 26, 2010

beralih arah ke CELCOM

haishh..gila lama tak hupdate blog..selalu bukak blog pun sebab nak baca blog orang lain..hehehe..bukannya malas tapi segan..biasa lahh i kan pemalu..ngeh ngeh ngeh..okeh sorry terlari tajuk..nak kejar dah tak larat..=.=
kelmarin bershopping besar besaran dengan mak dengan harapan lepas nie dah tak ada benda yang tertinggal yang nak kena beli untuk bawak pergi mengajar..almaklumlah bandaraya Alor Setar sedang renovate..nak buat fly over lagi besar katanye..so jalan yang selalu guna untuk pergi jalan jalan dah tutup..nak kena lalu dekat laluan kereta api mak dah tak harap sebab sangat sesak kat situ..so tak boleh nak keluar sendiri sendiri dah..perintah berkurung dikuat kuasa serta merta kecuali ada driver yang nak hantar dan ambil..
mengikut perkiraan semua barang dah settle..baju kurung cap First Lady, kasut tutup tumit tinggi, tudung, stok contact lense untuk 3 bulan, solution contact lense, stokin, berus gigi, ubat gigi dan bla bla bla..tapi ada satu barang nie tak ada dalam list pun sebenarnya..kebetulan ada promosi dekat booth Celcom masa dekat CP..bayar RM50 dah boleh dapat free modem + register..aku apa lagi..bodek bodek mak akhirnyaa dapat jugak bawak balik brodband baru..aku register yang student price punya..RM50 monthly sama macam orang luar guna yang speed RM68 monthly..so jimat kan? actually memang nak ambil brodband baru pun memandangkan brodband Maxis yang lama dah tak pakai..ingat kot nak tunggu dekat dekat nak balik JB baru nak pergi cari tapi dah ada offer so ambil aje laa..yang lagi sukanye brodband nie limited edition punya just untuk World Cup..so design brodband nie pun dah dipenuhi dengan warna warni bendera negara yang masuk World Cup..hehehehe..

lighting tak clear ahh..tue yang blur sikit..ouh baru teringat kan baru kejap tadi ada gerhana bulan so adakah cahaya lampu juga dilindungi oleh bulan? wooo wooo..apa yang aku merepek nih..
so sekarang dah ada CELCOM brodband..nombor hp aku pun dah tukar ke CELCOM..jadi kesimpulannya cukup lengkap lahh ahli seisi rumah seramai 5 orang menjadi pelanggan celcom..sebelum nie aku sorang je terkulai kulai pakai maxis..hehehehe..aku harap dengan adanya celcom hubungan kami anak beranak akan menjadi semakin intim..boleh ke macam tue?
dah dah stop merepek!
petang tue seperti dijanjikan dengan cimon kami yang ada kat rumah nih pegi laa melawat cimon kat matrik..tak ada yang menarik pun..just borak borak makan makan sembang sembang then balik..

haaa..nie la keja aku kalau kat dalam kereta dok sorang sorang kat bahagian belakang..biasa lahh i kan gila glemer..hekhekhek..
nanti kalau rajin aku update lagi..jangan risau eh..haishhh..ada ke yang risau kalau aku dah lama tak update blog nih? sila jawab sila jawab.............




















♥ ejan

Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, June 16, 2010

mood nak kawen datang tiba tiba + rojak

kalau mak aku baca entry nih mampos kena beletiaq kaw kaw..hahahaha..aku bukannya apa..dah tiap tiap minggu asyik makan nasik kenduri ja sampai kadang kadang aku pun terpikir bila laa nak makan nasik kenduri aku sendiri..hekhekhek..hoi hoi hoi berangan lebih eh eh..praktikal pun tak pergi lagi dah sibuk pikir nak kawen..calon pun tak ada berangan je lebih..hohohoho..
pejam celik pejam celik lagi 26 hari cuti aku kat rumah nih..sapa sapa yang nak ajak aku pergi kenduri kawen sempat lagi ek..tiket bas balik Skudai dah beli..kali nie aku balik sorang sebab aku balik lambat dari students yang ada kelas..tapi tak kesah laa..aku dah pernah balik sorang sorang pun..bila dah nak habis cuti tiba tiba rasa macam tak ready lagi nak praktikal..semakin banyak study semakin banyak benda yang aku tak tau ekcely..dah 4 tahun tak sentuh buku kimia SPM..memang susah laa nak refresh memori balik ingat segala macam garam gula asid alkali warna warni aloi besi seramik bla bla bla bla..tue pun kalau aku kena ajar kimia saja..mana nak tau bila dah nak start praktikal aku kena ajar KH bab jahit ke buat projek kayu ke mampos lahh aku..kalau bab masak memasak aku suka laa..tapi kalau sejarah atau geografi subjek menengah rendah aku boleh consider lagi..
apa yang aku dok merepek nih..tajuk pasal kawen tapi terbabas sampai praktikal..haaa..sebab tue la aku ada plus rojak sebab macam macam aku nak cerita..hekhekhek..bulan 6 cimon tak boleh balik..ada aktiviti katanyewww..rindu la nak keluar pergi shopping dengan cimon..sempat tak cimon balik sebelum aku balik Skudai..mak cakap kalau tak sempat kami pergi melawat cimon kat matrik..banyak juga barang barang aku yang cimon bawak pegi sana..nanti kena masuk selongkar bilik cimon laa rampas balik hak aku..hahahaha..i miss u cimon..dengar kata dah semakin menjadi jadi dok sana noh..suka orang nuh suka orang nih..tapi tak pa..aku paham..kita kan tak pernah sekolah dengan laki..tue la bila masuk matrik semua pakat jakun abeh tengok laki..hakhakhakhak..

mish u sister

bukan rindu cimon saja sebenarnya..rindu jugak dekat anak saudara perempuan yang lasak dan sangat buas..muahehehe..



dah balik KL rasanya diorang nih..gambar nie masa majlis cukur jambul izzat..sekejap je melekat tudung nie kat kepala..tak sampai 15 minit tudung entah ke mana..panas katanyeww..huhuhu..

aku rasa memang jerawat tue seronok betol bermaustatin kat muka aku..haishhh..confident level aku dah down giler sebab jerawat sebijik tuh...=.=

sekarang nie kat Alor Setar selalu hujan..bagus laa..kalau tak memang panas macam kat gurun sahara..tapi yang bestnye hujan selalu lebat time malam masa orang lain dok sedap layan world cup dekat astro..tiba tiba line astro dah jadi sangat poor sampai skrin tv menjadi gelap dan penonton bola terpaksa menunggu untuk siaran kembali normal sehingga ada jaringan ketika masalah ini berlaku..lepas tue mulalah kelam kabut pelik tiba tiba je dah berubah score..ini angkara hujan yang tersangat lebat..tapi jangan salah faham..aku bukan salah sorang daripada penonton tersebut..hekhekhek..

dah penat merapu aku nih..dah tak ada idea nak kelentong lagi..buhbye!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

♥ ejan



Thanks for reading this entry ^___^

Monday, June 14, 2010

bengang tahap maksima

tolong jangan bergerak! aku nak maki hamun neh...nak marah diri sendiri kenapa terlalu cuai....hdufgsgfygsaytdhadyasfduyagfjsdhu!!!!!!!!!!!
awal awal pagi aku dah bangun sebab hari nie 1st day aku nak pergi tusyen..semangat berkobar kobar neh..dah tak peduli kalau aku sorang je yang terlebih umur kat situ..dah siap abeh lawa la haa sebab kononnya dressing dan perwatakkan nak sama macam budak budak Form 4 gitu...tusyen start pukul 11 pagi..dalam pukul 10.30 aku dah nak gerak la naik moskito kesayangan..yelaaaa...mak ayah abang pergi kerja..semua kereta diorang yang bawak..so aku terpaksa laa pergi sendiri..dah siap siap beg sebelum nak gerak tiba tiba aku dok tercari cari purse kat mana aku letak..sumpah gelabah sekejap sebab semua laci dan bawah katil aku selongkar..make up habis semua cair..wuwuwuwuw..kalau tak ada purse mana berani aku keluar weyh..semua ic dengan lesen dok dalam purse..kot bandaraya Alor Setar nuh kadang kadang ada road block..aku dah pernah kena 2 3 kali tapi nasib baik la lesen semua bawak..
tiba tiba baru aku teringat yang purse aku tertinggal dalam kereta time aku balik kampung jumaat lepas..kesimpulan dari apa yang terjadi tadi aku memang betol betol bengang sebab aku dah ready nak pergi tiba tiba jadi macam nie..mak aku dah suruh pergi jek bawak moskito baik baik..kalau ada road block cakap je purse tertinggal dalam kereta dan saya terdesak sangat nak pergi tusyen..helo helo helo makkkk..mak ingat polis tue nak percaya ke?? silap silap beratus aku kena saman sebab tak ada lesen time bawak moto..so aku tak jadi la pergi tusyen atau dalam erti kata lain aku terskip tusyen gara gara silap aku sendiri dan aku tak berani nak ambil risiko keluar sehelai sepinggang tanpa ada pengenalan diri..wuwuwuwuw..
sekarang nie dah terdetik sesuatu dalam hati aku..betul ke purse ada dalam kereta?? oh no!! aku tak nak terus skip tusyen sampai bila bila..abangggggg.....cepat balikkkkk...hati aku tak kan tenang selagi purse tak ada depan mata!

Thanks for reading this entry ^___^