Saturday, June 12, 2010

PORTUGAL


hai sume sume..korang mesti tau kan World Cup dah start semalam tapi korang mesti tak berapa nak tau kan yang SUKMA kat Melaka dah start Ahad lepas..hohohoho..World Cup kali nie aku sokong PORTUGAL..kenapa PORTUGAL??
entah laa..saja suka suka..hekhekhek..kebetulan abang aku dapat bear portugal nih dari celcom masa pergi suarasa lastweek..so tergerak la hati nak sokong portugal lepas tengok Encik Blue nih..hehehehe..bukak je blog orang lain mesti ada entry pasal World Cup sampai aku naik jeles tahap dewa dewi..so untuk membendung dari jeles tak tentu pasal baik aku pun buat entry pasal World Cup even aku pun tak paham apa sebenarnya yang aku dok merepek sekarang nih..sob sob sob..
aucakkkkkkkkkk........

sekarang nie depan rumah aku ada kenduri kawen..kiranya jiran aku laaa yang kawen kan..so rumah aku dah dijadikan tempat makan beradab..disebabkan i nie mamarazzi yang sangat ayu dan pemalu i snap gambar disebalik tingkap je kot...haishhh...

tiba tiba ada sorang mak cik nih cakap kat mak aku.." haaa..nie dah siap elok dah meja makan..tak lama lagi dah kot nie..." ayat ini ditujukan kepada siapakah??

-

-

-

-

-

-

-

-

♥ ejan




Thanks for reading this entry ^___^

Thursday, June 10, 2010

mai sat nak beletiaq

hampa tau dak kami nie dah cemuih dok umah..minggu depan baqu kami start pi tusyen kimia tingkatan 4 balik..kami ingat kot dah boleh start minggu nie..hari tu kami pi la daftar dengan mak kami..kakak tue kata untuk tingkatan 4 mula minggu depan..haisshh..tak laqat la kami dok saja ja kat umah..hampa semua dah makan ka?? kami dah..tadi kami masak asam pedaih ikan meqah..sedap la jugak..hekhekhek..la nie mak kami selalu dok bising sebab dulu sebelum cuti sem kami ada janji dengan mak kami kan nak buat semua qeja rumah..memang laa semua kami buat kecuali basuh baju..kami tak qeti la basuh baju guna mesin kat umah kami neh..umah kami pakai mesin basuh manual..tapi kalau dekat UTM kami la jaguh basuh baju guna mesin basuh..yalaaa mesin kat sana auto..kami boh ja det syiling..sejam lepaih tue dah boleh pi amek..mak kami pernah ajaq camna nak guna mesin tue tapi kami tak ingat..hahaha..kami dok tunggu la bila mak kami nak beli mesin basuh auto tak tau..hhhmm...sekarang ni kami teqingin nak buat cheese kek tapi mak kami tak percaya kat kami bab bab guna oven neh..mak kami lagi caya kami main dengan api dapoq..bila dah cemuih lagu nie mula la qasa nak tuleh blog tapi kami tak tau nak tuleh pa..padahai ada banyak lagi kot benda yang kami boleh buat..buku teks kimia tak qatham qatham lagi..apa nak jadi la kami nie..esok camna nak ajaq anak oghang nih..hampa mai laa tegoq kami sat..pemalaih betoi kami..kalau bab peghabeh duet kami ghajin laa..hakhakhakhak..mesti hampa yang baca nie tak beqapa nak paham bahasa kami kali nie kan??mesti hampa semua pelik jugak kan kenapa tiba tiba bahasa kedah kami pekat sangat..haaa..kami saja laa nak bagi kelainan..kami tak pernah tuleh blog fully in bahasa kedah..kami nie anak jati aloq setaq..tapi bila kat matrik dengan UTM kami tak guna pun loghat kedah nie..kadang kadang terkeluaq jugak..satgi kalau kami cakap lagu nie dengan membe membe kami hat lain sumpah kami kena gelak balik..dan sumpah jugak depa tak paham..ada jugak yang tak percaya kami nie oghang kedah sebab selalu dok speaking KL ja..acehhhh...KL la sangat..tapi betoi gak laa..ikut tempat gak nak keluaq abeh loghat kedah pun..kalau ada geng memang kami cakap kedah laa..tapi susah laa nak cari geng utaqa kat skudai nuh..yang terdekat pun aina laaa..aina neh oghang peneng..memang pure laa loghat utaqa neh..huhuhuhu..kami selalu la jugak cakap macam nie dengan aina..
dah dah..pa yang kami dok melalut nih..sapa sapa yang qasa nak belajaq bahasa utaqa mai kami ajaq..kami suka laa caqa Rozita Che Wan cakap kedah time berlakon dalam cita Aku Terima Nikahnya dekat Oasis..comei ja..yalaaa dia kan oghang kampung kami gak..umah dia pun kat aloq staq..
tinggai lagi sebulan cuti kami kat umah nih..dan lagi sebulan kami dah nak kena tukaq loghat..satgi kami ajaq students kami tak boleh laa nak guna loghat macam nie...depa tak paham mampuih kami..kami tak mau dapat B+..kami nak A! hampa semua doakan kami yaa..kami dah tak tau nak beletiaq apa lagi..lepaih nih boleh kot blajaq beletiaq dalam bahasa jawa pulak..tapi kami tak pandai laa bahasa jawa..yang kami tau makan nasik ambang ja..kami start kenai nasik ambang time kat johor laa...jakun kan kami..heuheuheuhe...
semoga bertemu lagi..chow!


hegeh kan kami...wewewewe~~

-

-

-

-

-

-

-

-

-

♥ ejan


Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, June 8, 2010

bila cinta kini..tak lagi bermakna...


akhirnya berjaya jugak tengok cerita LBS nie kat wayang tadi..thanks dba and yati sebab jadi kuar hari ini even dah berapa kali asyik tak jadi jek..huhuhu..thanks jugak kat yati sebab sudi ambil dan hantar aku sampai kat rumah..haishhh..kalau tak disebabkan moskito buat hal dah lama aku pergi merempit sendiri ke CP..thanks kat anis sebab sudi nak hantar aku mula mula tapi tak jadi sebab yati nak mai amek..hehehehe..
bagi aku cerita nie sangat touching dan sedih..tanpa diduga air mata dara aku gugur dengan tiba tiba seiring dengan air mata kasyah..hekhekhek..sangat sedih laaa sampai dba kat sebelah aku keluarkan tisu..tapi aku tak..aku pandai cover lagi..hahahaha..jalan cerita memang la tak sebijik macam dalam novel..aku dah boleh dikatakan khatam dah cerita LBS nie sampai lahh siri kedua keluar buku Katrina dan last sekali buku Kasyah..dalam novel, ayu dengan kasyah start kenal dari zaman sekolah lagi tapi dalam movie baru kenal kat kolej..well..tak boleh la nak expect lebih lebih bila tengok kat movie..masa pun tak sampai 2 jam..tak kan nak cerita in detail macam dalam novel kot..huhuhu..
so korang semua tengok la cerita nie..besh ooo..tambah tambah kalau dapat pakwe macam kasyah..sangat setia even dulu penah jadi budak setan..hikhikhik..cerita nie baru bahagian pertama..lepas nie mesti ada sambungan lagi macam dalam novel dan aku mesti pergi tengok lagi..heuheuheuheu...


memang tak sah kalau tak snap gambar sebelum pergi..tapi yang hanginnya macam mana aku boleh tertinggal kamera atas sofa eh eh eh?? kalau aku bawak lagi meriah laa post kali nih dengan gambar gambar aku bersama besties...


mahu teropong pak cik posmen yang hantar surat kat rumah..auuwwww.....si polan tue dah post laa harta aku..hahaha..lepas nie semua dah selesai..tak payah ingat dah kisah silam..hohoho..


terasa sangat rendah diri bila jerawat sesuka ati bermaustatin kat muka aku sampai berminggu minggu...haishhhh~

kesimpulannya aku sangat seronok sangat hari ini sebab dapat tengok ayu dan kasyah di alam realiti even wayang kat CP macam hampeh..tiba tiba rindu nak tengok wayang kat CS, JB..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

te amo,

..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^

Saturday, June 5, 2010

seronok layan budak budak

kemarin tengah hari keluar dengan mak pergi shopping..banyak sale sebab hari keputeraan agong lah katakan..seriuss memang banyak barang murah especially kasut dengan handbag..woowww..semua branded kot..sangat teruja..ada lah berkenan kat satu dua handbag nih tapi tak beli pun..last last sempat rembat sepasang kasut nak bawak pi santai santai..heuheuheu..

lepas sembahyang jumaat terus pergi rumah kezen sebab diorang baru balik dari KL..dah lama tak jumpa anak anak buah so sangat lah excited seketika..memang besh layan budak budak nih..abis semua beg tadika kena punggah sebab nak cari buku suruh aku baca sama sama..hehhh..yang kezen aku pulak dok cakap "haaa..kak nurul nie teacher..panggil teacher taw..." haishhh...bukan kak nurul laa tapi aunty nurul..semua anak kezen aku ada 4 orang termasuk yang baru berusia 54 hari..yang sulung nurul nabila..sangat pandai berkata kata..yang kedua muhammad irfan..sangat belemoih sebab sangat aktif..yang ketiga nurul aqilah..si budak yang kuat menagis sebab sangat takot dengan orang ramai..dok terperap dalam bilik macam anak dara nak kena pinang pulak..time aku dah elok elok nak masuk keta sebab dah nak balik baru mak dia dukung bawak keluar..baru aku boleh tengok macam mana rupa aqilah nih..heehhh..dulu jumpa pun time kecik kecik lagi..pemalu sunggoh..


hai..nama saya nabila


kakak kakak..meh buat peace sikit

ehh..maaf lah ketika ini aku kureng menutup aurat so tak leh laa nak upload pic aku dengan anak anak buah..hehehehe..si irfan plak buaih sampai nak snap gambar pun dok gerak gerak..belemoih plak tue..malas laahh lawan tarik telinga dengan budak tue suruh dok diam diam..

heeee..sempat lagi aku rakam video masa time tak ada apa dah nak main..main hantu hantu dah..main sep sep bom bom dah..main polis entry dah..main teka teka gambar dah..so layan lahh video kat bawah nie yea..

sila rotate kepala sendiri eh bila nak play video nih..aku tersalah teknik plak time dok sedap rakam..suara aku lahh tue yang lemak merdu disukai ramai mengajak nabila menyanyi bersama sama..teeeheee....perahsan!

minggu depan ada majlis cukur jambul si baby..mesti pergi untuk jadi geng enjit enjit semut budak budak nih..sekian....bai!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

te amo,

..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^

Friday, June 4, 2010

aku malas nak bikin kecoh sebenarnya

hhmmm..lately aku dah macam pemintak sedekah pulak..tapi yang peliknya benda yang aku mintak tue memang hak aku pun..dulu masa mula mula benda nie terjadi beria nak pos bagi aku..tapi sekarang haremmmmm...boleh plak si polan tue buat bodo jek..siap tipu lagi kot cakap bz tak boleh keluar sampai tak boleh pos padahal penipu..agak agak r nak tipu adik aku pun..bila dah terkena sekali sapa nak percaya mulut longkang macam ko tue..bila mesej mintak suruh pos jarang jarang sekali dapat respon..asal weyh?? ko tak ada duet eh nak beli setem 30 sen?? tak pe..nanti aku bank in kan rm10 untuk ko..buat ko beli sampul sekali..hahaha..
aku malas nak bising bising sebenarnya..aku pun malas nak marah marah nie..tapi aku pun ada tahap kesabaran jugak..dah ko beria janji dengan aku nak pos masa mula mula dulu so tunaikan laa..tak payah sampai nak menipu..dari aku respect dengan ko tiba tiba dah jadi macam nie..ko tak pikir ke barang barang aku yang ko simpan tue bukan hak ko?? aku malas nak serang ko kat wall fb ko sendiri sebab aku rasa ko tak perlu kot dapat publisiti dari aku..so insaflah wahai si polan...
kalau aku ada salah aku mintak maaf..aku tak nak la mempopularkan nama ko kat sini dan aku memang tak akan mention nama sapa sapa pun..SIAPA MAKAN CILI DIA AKAN TERASA PEDASNYAAA!!!!
Thanks for reading this entry ^___^

Wednesday, June 2, 2010

Surat Penempatan Latihan Mengajar

UTM.31/14.15/1/4 JLD 17( 101 ) ------------------------------24 Jun 2009
-------------------------------------------------------------------------1 Rejab 1430H


NURUL IZZANIE BT ROHANI @ ADNAN

3 SPK


Saudara,

PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bagi menjalani latihan mengajar tahun ini, saudara telah ditempatkan di SMK CONVENT . Maklumat penempatan adalah seperti berikut:


Nama Sekolah: M08, SMK CONVENT
Alamat: 100, JALAN DAUD 84000 MUAR JOHOR
Zon: MUAR B
Tarikh Latihan: 19/7/10 - 22/10/10
Tempoh: 13 MINGGU
Opsyen matapelajaran: KIMIA
Nama Pensyarah Pembimbing: ABDUL RAHIM B. HAMDAN, DR.
Nama Guru Pembimbing: HAFSAH BINTI NGADEMIN, CIK
Nama Penyelaras Zon:

3. Sehubungan itu, saudara dikehendaki melaporkan diri di sekolah berkenaan pada hari pertama latihan mengajar, jam 7.30 pagi atau 12.30 tgh bergantung kepada sesi persekolahan.
--------
4. Saudara bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengetua sekolah di sepanjang tempoh latihan mengajar. Sila beri komitmen terhadap peranan sebagai seorang guru di samping menjaga nama baik universiti.
---------
-----------
Sekian, terima kasih.
-----------
---------------
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH"
----------
Yang Benar,
HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Pengurus Latihan Praktik
Fakulti Pendidikan
b/p Naib Canselor
samb 34170
s.k - Dekan
____________________________________________________________________
-------------------
tenkiu ehh AINA sebab publish surat ko kat blog..kalau tak aku pun tataw..huhuhu..tapi kan tapi kan siapakah DR ABDUL RAHIM BIN HAMDAN yang akan menyelia aku nanti eh?? tak kenal pon =.=
mesti pensyarah kimia fakulti sains neh..heerrhhh..tak kisah la sapa sapa pon janji boleh kasi aku A...mesti mesti demi nak naikkan PNGK...heuheuheuheu..sonok sonok jugak..tapi mampukah aku memikul beban yang sebegitu besar ini???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
te amo,
..:ejanlicious:..

Thanks for reading this entry ^___^

The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010



Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas dekat Taman Jubli Emas, Alor Setar ada Hot Air Balloon Festival..aku tak pergi pun..juz lalu kat depan tempat nie je sebab nak pergi ziarah saudara yang sakit..hhuuhhh...tue pun jalan jam tak payah cakap laa..penat dok dalam keta..asyik terkemut kemut jaa especially jalan dekat depan Suka Menanti dengan Pantai Johor..haissshhh..tapi dok dalam keta pun boleh nampak belon belon nih..yang sempat pergi pun abang aku jek..so layan la ehh gambar gambar yang abang aku sempat snap..

Taman Jubli Emas

1


2

3

4

5

6

7

8

9

10

dah dah dah..penat aih upload pics banyak banyak neh..nanti kalau festival macam nie kat tempat korang pergi la yea..huhuhhu

te amo,

..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, June 1, 2010

nak ubat yang boleh kasi rajin sekilo boleh?

ada jual tak ada jual tak??
malass sangat sangat neh..
buku teks kejap je tengok lepas tue terus campak ke tepi..
sekarang pun nak tido malam pun susah..
2 3 pagi mata still celik..
esoknye pulak nak dekat pukul 12 baru nak bangun sampai cerita Mis Tres Hermanas dah nak habis baru boleh tengok..wuwuwuwuwuw..
stok movie dengan drama korea dalam hardisk sampai sekarang tak sentuh sentuh lagi sejak balik dari UTM..
tue pun sempat lagi tukar tukar hardisk dengan jiran tetangga..
akibatnya hardisk si dia aku tak usha usha lagi isi kat dalam..
apekah??
haisshhh..nak buat lagu mana neh ha ha ha??
kadang kadang nak masak untuk diri sendiri pun malas
lagi suka berlapar dari bertukang kat dapur
kalau ajak keluar shopping tiba tiba virus malas dah lesap
tiba tiba jadi rajin..
hahahaha..
tadi pagi time sedap tido tiba tiba mak masuk bilik
nah...amek gaji bulan nie
jangan dok boros sangat...
ehh ehh ehh...tak mintak pun tapi tiba tiba dikasinya wang
ingat nak tunggu betol betol pokai baru nak mintak
aim untuk kali nie nak grab kasut hello kitty yang dah lama dok usha sejak kat johor lagi
tak kira tak kira nak jugak kasut tue..
ehh..esok ada date lahh..boleh shopping shopping lagi..yahooooo!



hai..nama saya mr bola bola..

te amo,

..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^

Monday, May 31, 2010

seriously sangat rindu dekat budak budak SPK




hai hai..siapa siapa yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sains dan komputer serta pendidikan (kimia) di Universiti Teknologi Malaysia dan bakal menjalani latihan mengajar pada 19 Julai nanti aku nak heboh heboh kat sini aku rindu sama korang..dah bosan dok rumah kais pagi makan pagi kais petang makan malam..dah lesu dok rumah sampai terasa rindu nak berebut naik bas UTM pegi fakulti lepas tue balik jalan kaki sebab nak beli makanan dekat CP dengan meranti..heee...dah dok rindu rindu neh memang best dapat layan video yang KAMI buat khas untuk subjek Haji Muslim masa 1st year..KAMI disini sama ertinya dengan oral b, izzanie dan izzati..nak asah bakat buat movie maker katanyeee...last last hasilnye 1 SPK the movie..ehh korang korang..nanti 1 sem kita tak akan ketemu kecuali yang akan praktikal dekat muar..yang lain lain semua nak pergi batu pahat..ada yang suka suka hati nak pergi pontian sebab nak praktikal dekat sekolah sendiri..oral b, ini dituju khas untuk anda..ada juga yang terlepas ke Kluang..okeh stop story pasal praktikal..sekarang nak story pasal course SPK nih..sapa boleh bagi taw kenapa generasi lelaki di SPK makin pupus eh?? junior SPK sumanye girls yea..asalnya ada 2 orang lelaki tapi dah tukar ke pendidikan math dengan pendidikan fizik..memang lumrah kot eh laki laki tak suka kimia?? coursemate aku 2 orang je boys..lagi 7 girls termasuk aku..nasib baik hero hero ini tak tukar course..manalah nak taw ada yang terpikat nak jadi ustad SPI ke..ehh ehh..ing ren tak boleh masuk SPI..kena masuk Islam dulu baru boleh..heuheuheu..rasa rasanya senior SPK pun tak ramai laki..kenapa ehh kenapa ehh?? kimia susah kot..haaaa setuju setuju..suma eksperimen yang bahaya bahaya mai la campak kat budak kimia..yang kotor kotor pun sama sampai lab coat yang putih bersih dah jadi berceloreng angkara bahan bahan kimia..

hhmmm...apa perasaan dapat join SPK?? entah laa..suka memang suka sebab tak payah belajar math sebab SPK minor komputer tapi tapi jangan lahh bagi subjek kimia yang susah susah dekat kami yang baru belajar nih..lain la dengan budak fakulti sains yang memang betol ambil pure chemistry..terasa begitu kerdil tatkala membandingkan diri ini dengan mereka..dengar kata budak budak pure chemistry nih ramai yang boleh score KO 2...waaaaaa...hebat2..aku jek yang tak hebat!

maaflah terbanyak celoteh petang petang nih..tiba tiba idea datang mencurah curah..tapi sekarang idea dah tersekat sekat..sebelum nak choww, lagi sekali nak cakap rindu nak bergosip gosip dengan sofie, ezat, fareha, lynn, coffee and oral b..kalau cikgu helmy dengan soh ing ren nak join pun boleh juga..ahaksss...bubye!



amoi amoi SPK..hero hero pulak very shy shy cat..heuheuheu

te amo,

..:ejanlicious:..


Thanks for reading this entry ^___^

Tuesday, May 25, 2010

ADIRA tetap juara di hati aku!



KU ADA KAMU by Adira AF8


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan, kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Thanks for reading this entry ^___^